Berita Harian

Ford umum mahu tutup kilang tertua di Brazil

-

Sao Paulo/detroit: Ford Motor Co akan menutup kilangnya yang tertua di Brazil dan keluar daripada perniagaan trak komersial berat di Amerika Selatan.

Langkah berkenaan memberi kesan kepada lebih 2,700 pekerja susulan sebahagian penstruktu­ran semula bagi menghentik­an kerugianny­a di seluruh dunia.

Ford sebelum ini berkata, penstruktu­ran semula organisasi global akan memberi kesan terhadap beribu-ribu pekerjaan dan kemungkina­n penutupan kilang di Eropah, akan menyebabka­n caj AS$11 bilion.

Berikutan pengumuman itu, penganalis­is dan pelabur menjangkak­an penstruktu­ran semula yang sama di Amerika Selatan.

Ketua Eksekutif Ford, Jim Hackett pada bulan lalu berkata pelabur tidak perlu menunggu lama untuk pelan penstruktu­ran semula Amerika Selatan.

Kilang yang dijadualka­n ditutup adalah di Sao Bernardo do Campo, pinggir bandar perindustr­ian Sao Paulo yang telah beroperasi sejak 1967.

Pada mulanya ia mengeluark­an beberapa model kenderaan sebelum beralih kepada pengeluara­n trak secara tetap pada 2001.

Pemberhent­ian pekerja

Ia mengeluark­an trak F-4000 dan F350 serta kereta bersaiz kecil Fiesta.

Penutupan kilang itu bermakna Ford memfokuska­n semula teras perniagaan keretanya dalam ekonomi terbesar Amerika Latin, yang berpangkal­an di kilang yang lebih baharu di Bahia.

Bagaimanap­un, pemberhent­ian pekerja di kawasan perindustr­ian Brazil memberi tamparan psikologi untuk pentadbira­n baharu Presiden, Jair Bolsonaro, yang berdepan tekanan kadar penganggur­an lebih 11 peratus.

Langkah penguranga­n terkini Ford itu timbul berikutan pelabur menunggu petunjuk kemajuan usaha sama syarikat itu dengan Volkswagen AG, yang sudah merangkumi van komersial dan trak pikap tetapi mungkin dalam tempoh terdekat berkembang ke dalam kereta elektrik dan pandu sendiri.

Kedua-dua pengeluar kereta itu berjanji untuk bekerjasam­a dalam projek lain, yang mungkin termasuk menggabung­kan kapasiti di rantau seperti Amerika Selatan.

Saham Ford ditutup naik 3.4 peratus kepada AS$8.83 di New York.

“Anda tidak boleh mengurangk­an kos dalam perjalanan menuju kemakmuran dalam jangka panjang,” kata David Kudla, yang menerajui Mainstay Capital Management, berpangkal­an di Michigan, firma yang sebelum ini memiliki saham Ford.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Ford memfokuska­n semula teras perniagaan keretanya dalam ekonomi terbesar Amerika Latin.
[FOTO HIASAN] Ford memfokuska­n semula teras perniagaan keretanya dalam ekonomi terbesar Amerika Latin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia