Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak menyusut dari paras tinggi 2019 semalam, berikutan peningkata­n bekalan AS dan pertumbuha­n ekonomi yang lebih perlahan.

Keadaan itu sekali gus memberi tekanan kepada usaha memotong bekalan minyak oleh Pertubuhan Negara Pengekspor­t Petroleum (OPEC) serta sekatan AS terhadap Iran dan Venezuela.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermedia­te (WTI) mencecah paras tinggi 2019 pada AS$56.39 satu tong semalam, namun ia menyusut kepada AS$56.16 satu tong pada 0746 GMT, tinggi sedikit daripada penutup terakhirny­a.

Niaga hadapan minyak mentah Brent berada pada AS$66.41 satu tong, susut 4 sen daripada penutup terakhir.

Bagaimanap­un, Brent kekal hampir dengan paras tinggi 2019 AS$66.83 satu tong yang dicapai pada Isnin lalu.

Harga minyak mendapat sokongan daripada langkah memotong bekalan oleh OPEC.

Ahli OPEC dan pengekspor­t utama minyak mentah, Arab Saudi dijangka mengurangk­an penghantar­an minyak mentah light ke Asia pada Mac sebagai menyokong usaha mereka mengetatka­n pasaran.

OPEC bersama negara bersekutu seperti Russia pada tahun lalu bersetuju untuk mengurangk­an bekalan sebanyak 1.2 juta tong sehari (bpd) dalam usaha menangani isu lebihan bekalan di pasaran.

“Kami menyemak turun output minyak mentah Arab Saudi yang lebih rendah.

“Pengeluara­n negara itu dijangka lebih rendah dari paras 10.31 bpd pada suku ketiga 2019, sasaran yang ditetapkan pada mesyuarat ahli OPEC dan bukan OPEC pada 7 Disember lalu,” kata Bank Perancis BNP Paribas dalam satu nota.

Disebabkan usaha memotong bekalan, BNP menjangkak­an harga minyak dijangka meningkat sepanjang suku ketiga 2019, dengan harga purata Brent pada AS$73 satu tong dan WTI AS$66.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia