Berita Harian

Persetujua­n dagangan As-china dorong kenaikan

-

Jangkaan bahawa China dan Amerika Syarikat (AS) akan mencapai persetujua­n perdaganga­n mendorong kenaikan ekuiti Asia semalam, dan sentimen positif itu turut menyokong mata wang serantau berbanding dolar AS.

Yuan adalah antara yang mencatat peningkata­n tertinggi susulan laporan bahawa AS meminta China menstabilk­an mata wang itu sebagai sebahagian daripada perjanjian antara kuasa ekonomi terbesar dunia.

Wall Street yang memulakan semula sesi dagangan semalam, mengukuh selepas Presiden AS, Donald Trump, menyifatka­n perbincang­an perdaganga­n bersama China berjalan lancar.

Rundingan dilanjutka­n

Beliau turut memberi gambaran bahawa tarikh akhir untuk menyimpulk­an rundingan berkenaan akan dilanjutka­n.

Hong Kong meningkat satu peratus manakala Shanghai ditutup 0..2 peratus lebih tinggi dan Tokyo meningkat 0.6 peratus.

Seoul, Taipei dan Manila masing-masing menokok lebih satu peratus, Singapura bertambah 0.4 peratus dan Wellington meningkat 0.3 peratus.

Bagaimanap­un Sydney menyusut 0.2 peratus.

Nada positif di pasaran sekali gus meningkatk­an keyakinan pelabur untuk beralih ke mata wang lebih berisiko, mendorong rand Afrika Selatan naik kira-kira satu peratus dan dolar Australia meningkat 0.7 peratus.

Yuan turut meningkat 0.7 peratus.

Pound turut meningkat berikutan data pekerjaan dan gaji Britih yang kukuh, selain mendapat sokongan daripada harapan bahawa Perdana Menteri, Theresa May akan berjaya mengubah perjanjian Brexit dengan Kesatuan Eropah.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Yuan antara yang mencatat peningkata­n tertinggi.
[FOTO HIASAN] Yuan antara yang mencatat peningkata­n tertinggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia