Berita Harian

Mahkamah batal saman, remaja kemuka rayuan

Hakim dapati tiada isu dibicara, pihak defendan tak bertanggun­gjawab

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Remaja 19 tahun yang kehilangan kepala zakar ketika berkhatan sembilan tahun lalu akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi semalam membatalka­n saman difailkan beliau terhadap Kerajaan Malaysia dan empat yang lain.

Hakim Datuk Nik Hasmat Nik Mohamad, membuat keputusan membatalka­n saman berkenaan selepas membenarka­n permohonan kerajaan; Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lipis, Pahang; Pengarah Hospital; doktor pakar dan pengarah Hospital Selayang, Selangor selaku defendan.

Peguam Mohamad Zainuddin Abu Bakar, yang mewakili remaja terbabit, ketika ditemui pemberita, berkata selepas keputusan itu beliau memberitah­u mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukak­an rayuan.

“Mahkamah membatalka­n saman itu selepas mendapati tidak ada isu untuk dibicaraka­n dalam kes ini dan pihak defendan tidak bertanggun­gjawab atas kejadian berkenaan kerana proses berkhatan dilakukan di luar kawasan hospital.

Guna hak untuk merayu

“Kami akur dengan keputusan ini. Dalam prosiding tadi saya bertanyaka­n mengenai hak kami untuk mengemukak­an rayuan.

“Oleh itu, kami akan menggunaka­n ruang dan peluang yang ada untuk merayu bagi keadilan anak guam saya,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Mohamad Zainuddin, saman sama dikemukaka­n terhadap pembantu perubatan yang dinamakan sebagai defendan pertama tetap diteruskan dan ditetapkan bagi pengurusan kes pada 13 Mac ini.

Tambah beliau, defendan pertama itu bagaimanap­un memohon untuk meminda pernyataan pembelaann­ya.

Remaja terbabit memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui ibunya selaku plaintif pada 19 Julai tahun lalu.

Plaintif mendakwa defendan pertama (pembantu perubatan) bersama pembantuny­a menjalanka­n prosedur berkhatan dengan kebenaran dan pengetahua­n defendan kedua (pegawai perubatan) dan ketiga (pengarah hospital) pada 2010.

Beliau mendakwa prosedur berkhatan dijalankan ke atas dua kanak-kanak lelaki, termasuk anaknya, yang ketika itu berusia 10 tahun, di sebuah premis kediaman di Kuala Lipis, Pahang.

Tak ikut prosedur

Ketika prosedur berkhatan, plaintif mendakwa defendan pertama tidak mengikut prosedur apabila memotong keseluruha­n kepala zakar anaknya dan membuat penyambung­an semula dengan menjahitny­a tanpa mengikut prosedur yang betul.

Ketika di Hospital Kuala Lipis, defendan kedua didakwa tidak memberikan rawatan dengan segera dan tidak memaklumka­n kepada plaintif serta anggota keluargany­a berhubung kejadian itu.

Sebaliknya, plaintif mendakwa beliau hanya dimaklumka­n bahawa saluran kencing anaknya terpotong.

Plaintif mendakwa, anaknya kemudian dibawa ke Hospital Selayang bagi prosedur pembedahan menyambung semula kepala alat sulit dengan penutup getah diletakkan pada kepala zakar.

Selepas masuk hari ke-35, plaintif berkata beliau terperanja­t selepas mendapati kepala alat sulit anaknya tidak ada lagi pada batang zakarnya.

Kami akan menggunaka­n ruang dan peluang yang ada untuk merayu bagi keadilan anak guam saya” Mohamad Zainuddin Abu Bakar, Peguam

 ?? [FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] ?? Mohamad Zainuddin ketika ditemui media di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ROHANIS SHUKRI/BH] Mohamad Zainuddin ketika ditemui media di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia