Berita Harian

Yayasan PETRONAS ceriakan warga emas Tionghua

Sumbang RM40,000 kepada GPPTK sempena Tahun Baharu Cina

- Oleh Asrol Awang

Yayasan PETRONAS menyampaik­an sumbangan peralatan, hamper barangan dan angpau berjumlah RM40,000 kepada Rumah Orang Tua Gabungan Persatuan-persatuan Tionghua Kuantan (GPPTK) di sini, semalam.

Sumbangan itu sempena Program Sentuhan Kasih PETRONAS Tahun Baharu Cina 2019, yang turut mengadakan aktiviti gotong-royong mengecat dan membersih persekitar­an Rumah Orang Tua GPPTK.

Pupuk kasih sayang

Pengurus Besar PETRONAS Pantai Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah, berkata program itu bermatlama­t memupuk perasaan kasih sayang dalam kalangan penghuni rumah berkenaan.

Selain itu, katanya, ia diharap membangkit­kan kegembiraa­n mereka yang kurang bernasib baik sempena musim perayaan tahun ini.

“Sempena meraikan Tahun Baharu Cina tahun ini, bukan sahaja golongan bernasib baik di Pahang dibantu, malah di Terengganu dan Kelantan dengan sumbangan, masing-masing berjumlah RM40,000.

“Sejak 2005, PETRONAS melaksanak­an pelbagai program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan pada setiap perayaan utama masyarakat di Malaysia,” katanya.

Bantuan beri keselesaan

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Chemicals MTBE, Azlimi Mohd Lazim, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembanguna­n), Mohd Fadzlee Mat Yassin @ Adnan dan Pengerusi Jawatankua­sa Rumah Orang Tua GPPTK, Dannie Loong Siew Fang.

Pada program itu juga, seramai 30 penghuni Rumah Orang Tua GPPTK diraikan dengan pemberian hamper dan angpau.

Sementara itu, Siew Fang berkata, pihaknya berterima kasih di atas keprihatin­an dan sumbangan Yayasan PETRONAS kepada rumah berkenaan yang menggembir­akan penghuni di situ.

“Menerusi pemberian peralatan seperti katil, tilam, cadar, selimut dan almari akan memberi keselesaan kepada penghuni Rumah Orang Tua GPPTK,” katanya.

 ?? [FOTO ASROL AWANG/BH] ?? Wan Mohd Hasnan bersama penghuni Rumah Orang Tua GPPTK dan sukarelawa­n Program Sentuhan Kasih PETRONAS Tahun Baharu Cina 2019 di Kuantan, semalam.
[FOTO ASROL AWANG/BH] Wan Mohd Hasnan bersama penghuni Rumah Orang Tua GPPTK dan sukarelawa­n Program Sentuhan Kasih PETRONAS Tahun Baharu Cina 2019 di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia