Berita Harian

Terengganu sedia Skim Bantuan Modal Tani RM5J

-

Marang: Kerajaan negeri menyediaka­n peruntukan RM5 juta untuk Skim Bantuan Modal Tani bagi membantu golongan nelayan, penternak dan petani di negeri ini.

EXCO Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Desa negeri, Dr Azman Ibrahim, berkata had pinjaman maksimum disediakan kepada golongan itu berjumlah RM50,000.

Katanya, pinjaman tanpa faedah itu ditawarkan kepada tiga golongan yang terbabit sektor pertanian dan perikanan.

“Kerajaan negeri melantik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) untuk menyelaras­kan dana itu.

Tiada faedah

“Kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengenakan bayaran faedah, golongan yang membuat pinjaman RM50,000 hanya perlu membayar RM50,000,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program YB Cakna Komuniti Nelayan di Dewan Sivik Merchang, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Perikanan negeri, Zawawi Ali.

Dana Skim Bantuan Modal Tani dilancarka­n Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pada akhir bulan lalu.

Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Jabi berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak memberi wang tunai kepada nelayan, penternak dan petani.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan negeri hanya membekalka­n peralatan dengan nilaian pinjaman yang diluluskan.

“Kerajaan negeri terpaksa menggunaka­n kaedah itu kerana kajian mendapati punca utama kegagalan pelbagai skim bantuan disediakan kerajaan negeri disebabkan golongan itu menyalahgu­na wang pinjaman,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia