Berita Harian

6,000 Orang Asli terjejas tiada sumber air bersih

-

Gua Musang: Kira-kira 6,000 Orang Asli dari lebih 40 kampung di pedalaman di daerah ini berdepan kemusnahan 50 tadahan air bukit sehingga menjejaska­n kehidupan mereka sejak 15 tahun lalu.

Kemusnahan itu didakwa akibat daripada aktiviti pembalakan, pembukaan ladang dan kebun sayur tidak terkawal tanpa mempedulik­an masalah air bersih dihadapi golongan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, berkata berdasarka­n maklumat diterima, sebilangan besar tadahan air bukit yang musnah itu sukar dibaik pulih semula.

Beliau berkata, kawasan tadahan air bukit tiada lagi zon penampan bagi melindungi air daripada tercemar sehingga terbiar kering begitu sahaja.

Katanya, masalah itu tidak dapat dihalang kerana ia berada di bawah kuasa kerajaan negeri yang meluluskan kawasan untuk pembalakan dan pertanian.

“Penduduk di kampung berkenaan juga sukar untuk mencari kawasan baharu bagi mendapatka­n sumber air bersih berikutan kemusnahan hutan,” katanya kepada pemberita selepas Program Ziarah Warga Emas Orang Asli Uzur di Kampung Pasir Linggi, dekat sini, kelmarin.

Berdepan hakisan bukit

Mohd Syahbuddin yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang mengakui penduduk Orang Asli juga tidak boleh menggunaka­n sumber air sungai kerana kotor dan berselut kesan pembukaan ladang serta kebun sayur.

Beliau berkata, kemusnahan kawasan tadahan air bukit itu semakin membimbang­kan selain penduduk berdepan hakisan bukit.

Tak dapat pembelaan

Katanya, masalah itu sudah lama dibangkitk­an penduduk Orang Asli, tetapi tidak mendapat pembelaan kerajaan negeri dari dulu sehingga sekarang.

“Kita sebagai pemimpin turut simpati dengan nasib Orang Asli yang hidup terpinggir daripada menerima kemajuan dan berdepan dengan pelbagai masalah lain selepas ini.

“Apapun kita tetap mempertaha­nkan dan mengambil perhatian diatas perkara itu kerana kita sebagai tempat mengadu,” katanya.

 ?? [FOTO RAMLI IBRAHIM/BH] ?? Mohd Syahbuddin (kiri) bertanya khabar ketika Program Ziarah Warga Emas Orang Asli Uzur di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang.
[FOTO RAMLI IBRAHIM/BH] Mohd Syahbuddin (kiri) bertanya khabar ketika Program Ziarah Warga Emas Orang Asli Uzur di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia