Berita Harian

2 tahun sedut udara busuk

MBJB, JAS diminta segera bertindak tutup pusat pembuangan sampah haram

- Oleh Mohamed Farid Noh

Penduduk dan pekerja berhampira­n Kota Puteri, Permas Jaya, dekat sini, yang terpaksa menyedut udara busuk dari tapak pembuangan sampah haram berdekatan sejak dua tahun lalu.

Tempat pembuangan sampah haram seluas dua hektar itu dipenuhi sisa buangan industri, bahan kimia, buangan domestik, perabot serta sisa pembinaan, menyebabka­n hampir 6,000 penduduk dan pekerja di kawasan berkenaan tidak mampu bertahan lagi.

Tinjauan mendapati tempat pembuangan sampah haram itu bukan sahaja berbau amat busuk, malah sampahnya yang dibuang secara tidak terurus menyebabka­n limpahan air sampah ke kawasan sekitarnya.

Ahli Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi kawasan Permas Jaya, Danny Tan Peng Chye, berkata mereka yang membuang sampah seolah-olah kebal walaupun pemilik tanah membuat dua laporan polis, sejak tahun lalu kerana menceroboh tanah persendiri­an.

Katanya, modus operandi pusat pembuangan sampah berkenaan dipercayai didalangi sindiket berikutan penjaganya menggunaka­n ‘walkie-talkie’ untuk berhubung sesama mereka selain beroperasi 24 jam setiap hari.

Caj RM50 setiap lori

“Mereka mengenakan caj RM50 bagi setiap lori satu tan yang membuang pelbagai jenis sampah di sini, manakala ‘tonto’ yang menjaga kawasan ini menerima upah RM10 setiap lori.

“Setiap hari lebih 30 lori satu tan sejauh dari Kulai, Pulai dan Skudai membuang pelbagai jenis sampah di sini, mengakibat­kan timbunan sampah membukit malah semalam kebakaran berlaku di sini, menyebabka­n udara tercemar sehingga penduduk mengadu pedih mata, selain bauan yang sangat busuk,” katanya ketika ditemui selepas tinjauan di kawasan berkenaan.

Produktivi­ti menurun

Pemilik kilang berhampira­n, R Danial, 53, berkata beliau dan pekerjanya tidak mampu bertahan kerana menyedut udara tercemar setiap hari.

“Selalunya selepas hujan udara menjadi amat busuk. Ada pekerja sakit dan mengambil cuti malah, kami kerap sakit kepala dan mendapat alahan kulit menyebabka­n produktivi­ti kerja menurun,” katanya.

Pegawai Khas Menteri Besar Johor (Bahagian Aduan), Syed Othman Syed Ali, berkata beliau akan meminta agensi termasuk MBJB dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) segera bertindak termasuk menutup pusat pembuangan sampah haram itu.

“Ahli Majlis MBJB sudah membawa perkara ini ke dalam mesyuarat tindakan, (kelmarin) malah JAS membuat pemantauan berikutan pencemaran udara dan kawasan ini terbakar semalam.

“Saya dimaklumka­n pemilik tanah juga sudah membuat dua laporan polis, selain dua kali menggali lubang sedalam lebih tiga meter di pintu masuk tanahnya, namun pengendali pusat sampah haram ini menimbus semula lubang berkenaan dan meneruskan operasi seperti biasa,” katanya.

 ?? [FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] ?? Syed Othman (tengah) bersama Peng Chye meninjau pusat pembuangan sampah yang beroperasi secara haram berhampira­n Kota Puteri, Permas Jaya, semalam.
[FOTO HAIRUL ANUAR RAHIM/BH] Syed Othman (tengah) bersama Peng Chye meninjau pusat pembuangan sampah yang beroperasi secara haram berhampira­n Kota Puteri, Permas Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia