Berita Harian

Penghuni dakwa tapak binaan punca denggi meningkat

-

Shah Alam: Penduduk Pangsapuri Alora (Mediterran­ean 1A) di Taman Sri Muda, Seksyen 25 mendakwa usaha membebaska­n kawasan itu daripada nyamuk aedes sia-sia apabila kawasan sekitar termasuk tapak pembinaan tidak bersih.

Penasihat Perbadanan Pengurusan Pangsapuri Alora, Fatin Mat Salleh, 43, berkata penduduk sering melakukan gotong-royong tetapi kawasan berkenaan masih juga menjadi antara kawasan panas wabak denggi sejak awal tahun ini.

Katanya, sebelum ini ada penduduk pernah dijangkiti demam denggi, tetapi tidak sekerap yang berlaku sejak tahun lalu.

“Tidak dinafikan sebelum ini ada yang hidap demam denggi, boleh dikatakan hanya beberapa kes setahun. Namun, sejak adanya pembinaan berdekatan pangsapuri ini, kes denggi meningkat mendadak.

Beliau berkata, Taman Sri Muda adalah kawasan yang didiami ramai warga negara asing, justeru, ia mungkin menjadi faktor peningkata­n kes denggi di kawasan itu.

Tegas terhadap warga asing

Jelasnya, ekoran penduduk pangsapuri berkenaan kerap diserang demam denggi, beliau tegas memastikan kawasan sekitar pangsapuri dalam keadaan bersih.

“Saya perlu tegas termasuk terhadap warga asing yang menyewa di sini dan setiap minggu saya akan pastikan longkang di kawasan pangsapuri dikorek bagi mengelak air bertakung,” katanya.

Laman sesawang idengue Kementeria­n Kesihatan melaporkan sehingga kelmarin, Selangor mencatatka­n kes terkumpul paling tinggi iaitu 12,592 kes, diikuti Johor (1,834) dan Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur (1,710).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia