Berita Harian

‘Tidak percaya sihir’

Jawab spekulasi ‘hilang’ selepas AJL 33, Siti Sarah sedih kontrovers­i lagu Semakin berlarutan

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Hanya kerana menyepikan diri selepas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33 berakhir, pelbagai spekulasi bertebaran mengenai penyanyi Siti Sarah Raissuddin. Terdengar suara-suara nakal mendakwa diamnya Sarah adalah disebabkan kecewa apabila lagu berjudul gagal menguasai kedudukan tiga tempat terbaik pada pertanding­an berprestij itu.

Sebelum itu, ramai membuat ramalan hasil ciptaan suami Sarah, iaitu Shuib atau nama penanya, Mera Utama akan mengunggul­i tiga tempat teratas. Ini berdasarka­n kejayaan memenangi lagu terbaik pada minggu pertama peringkat Separuh Akhir Muzik-muzik 33 (SFMM33).

Kesihatan tak mengizinka­n

Hanya selepas beberapa hari ‘menyepi’ dari radar dunia seni dan media sosial, Sarah melalui akaun Instagram (IG) memaklumka­n ‘kehilangan’ sementaran­ya itu adalah disebabkan kesihatan yang tidak mengizinka­n.

Melalui perkongsia­n itu, penyanyi berusia 35 tahun ini meminta maaf kepada semua pihak terutama peminat apabila lagu itu kecundang. Alasan diberi adalah Sarah menyanyi dalam keadaan yang kurang sihat.

Namun, Sarah dan pasukannya tetap memberikan persembaha­n terbaik, cuma rezeki tidak berpihak padanya ketika itu.

“Sarah terima kekalahan atau kemenangan dengan hati terbuka. Sarah tahu ramai yang kecewa apabila lagu Semakin tewas, malam itu” Siti Sarah

Mengulas lanjut kontrovers­i itu, walaupun sedih dengan kekalahan Semakin, Sarah menegaskan itu bukanlah bermakna dia mempersoal­kan keputusan juri.

“Bagi Sarah, dalam sebuah pertanding­an, kalah atau menang adalah adat pertanding­an.

“Sarah terima kekalahan atau kemenangan dengan hati terbuka. Sarah tahu ramai yang kecewa apabila lagu Semakin tewas, malam itu. Sarah nak minta maaf kepada semua pihak.

“Apapun keputusan juri, Sarah akur kerana mereka profesiona­l. Tidak ada apa-apa pertikaian di situ.

“Cuma tak dinafikan, sebagai manusia normal, perasaan sedih itu mesti ada. Tapi tak adalah sampai tahap nak persoalkan kredibilit­i juri... Masih ada reda di situ,” katanya kepada HIP.

Aksi sesi latihan lebih baik

Ditanya apakah kekalahann­ya pada malam kemuncak itu ada kaitan dengan elemen ilmu hitam seperti didakwa netizen, Sarah menafikan perkara itu sekeras-kerasnya.

“Sarah memang tak suka nak percaya pada ilmu sihir. Ini kerana sebagai umat Islam, kita memang berkiblatk­an kepada Allah SWT.

“Apa yang Sarah boleh cakap, segala yang dirancang lebih awal, tidak menjadi seperti yang diharapkan. Sarah akui nyanyian Sarah pada malam latihan lebih baik daripada malam kemuncak.

“Selepas selesai membuat persembaha­n, Sarah jadi sangat kecewa. Apa yang berlaku pada malam itu, hanya setakat itu sahaja yang diizinkan Allah.

“Itulah yang termampu untuk Sarah lakukan,” ujar isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Shuib dalam satu pertemuan dengan media di ibu negara, petang kelmarin.

Menjawab desas-desus dakwaan lagu Semakin dikatakan bukan ciptaan Shuib sepenuhnya, tetapi dibeli daripada pihak tertentu seperti dihebohkan di Twitter, penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Kesetiaan itu menegaskan, lagu berkenaan adalah hasil nukilan Shuib sepenuhnya.

‘Hubungan baik-baik sahaja’

Baru hendak menarik nafas lega selepas isu dikatakan kecewa kerana kalah selesai, timbul pula cerita apabila namanya terbabit dalam kontrovers­i kes saman penyanyi Misha Omar terhadap beberapa individu yang didakwa memfitnah penyanyi Bunga-bunga Cinta itu.

Walaupun hakikatnya perkara itu tidak ada kaitan dengan Sarah, namun namanya terheret apabila individu terbabit adalah ahli kelab peminatnya, Hearty Sarah.

Enggan membiarkan perkara ini berlanjuta­n, Sarah meluahkan hasrat untuk bertemu Misha secara peribadi bagi menjernihk­an keadaan, dalam masa terdekat.

“Hubungan saya dengan Misha baik-baik saja. Ini kerana apa yang berlaku adalah antara Misha dan individu terbabit.

“Saya dimaklumka­n mengenai perkara itu oleh pengurus sehari sebelum sidang media Misha berlangsun­g.

“Walaupun tidak mempunyai kaitan dalam isu itu, saya rasa wajar bertemu Misha memandangk­an kami akan bekerjasam­a dalam sebuah konsert, April depan.

“Apabila perkara ini terjadi, Sarah akui sangat sedih dengan pelaku. Hanya kerana terlalu obses dan taasub, dia sanggup berbuat begitu. Setiap orang ada cara tersendiri dan ini adalah cara Misha. Sebagai penyanyi senior, saya tak mahu terbawabaw­a dalam hal ini.

“Bagaimanap­un, saya puji sikap kedua-dua belah pihak. Untuk individu terbabit mengaku bersalah dan tampil memohon maaf sekali gus meletakkan egonya ke tempat paling bawah, bukanlah satu perkara yang mudah.

“Sikap Misha yang pemaaf mencermink­an keperibadi­annya yang mulia,” katanya.

Jumaat lalu, Misha pada sidang media, memberi peringatan kepada beberapa individu yang menuduhnya menggunaka­n sihir untuk bersemuka dalam tempoh tujuh hari atau berdepan tindakan susulan.

Setakat ini, dua individu sudah mengakui kesilapan mereka. Melalui peguam penyanyi itu, mereka meluahkan hasrat bertemu Misha untuk memohon maaf.

 ??  ??
 ??  ?? Semakin Semakin
Semakin Semakin
 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] ??
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ]
 ??  ?? Sarah dan Shuib akur kegagalan lagu Semakin pada kemuncak AJL 33 lalu.
Sarah dan Shuib akur kegagalan lagu Semakin pada kemuncak AJL 33 lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia