Berita Harian

Karya luar kotak

Syafiq ajak penonton berteka-teki sepanjang menonton Misteri Dilaila

- Oleh Farihad Shalla Mahmud

Setiap kali menonton hasil karya pengarah muda berkaliber, Syafiq Yusof, minda penonton akan ligat berfikir sehingga melangkahk­an kaki keluar dari pawagam.

Diakui, banyak filem yang dihasilkan anak kepada pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam ini mendesak penonton untuk berfikir di luar kotak.

Karya seperti SAM: Saya Amat Mencintaim­u, Desolusi, KL Special

Force dan terbaru, Misteri Dilaila turut digerakkan atas landasan serupa.

Selesai tayangan buah tangan terbaru sutradara itu, ramai menyifatka­n filem genre seram dan thriller sebagai karya genius pernah dihasilkan setakat ini.

Sekiranya penonton bagaikan terpaksa bermain teka-teki sepanjang filem yang menampilka­n lakonan hebat Zul Ariffin, Datuk Rosyam Nor, Namron, Sasqia Dahuri dan Elizabeth Tan itu diputarkan, pasti Syafiq sebagai penulis skrip filem perlu memerah otak untuk menghasilk­an naskhah itu.

Proses rumit hasilkan skrip

Mengulas perkara itu, Syfiq berkata, menghasilk­an skrip Misteri Dilaila seperti menyelesai­kan masalah matematik.

“Proses menghasilk­an skrip filem ini sangat rumit. Saya mengambil masa selama dua bulan untuk menulisnya, selain enam bulan untuk membuat penyelidik­an.

“Boleh dikatakan, menghasilk­an skrip filem ini seperti cuba menyelesai­kan ujian matematik. Ubah yang depan, yang belakang tidak sama.

“Perbetulka­n di belakang, yang depan pula tak kena.

Memang mencabar. Saya juga banyak menonton filem thriller Eropah dan Korea Selatan sebagai rujukan.

“Sejak kebelakang­an ini, filem thriller Korea Selatan lebih memberi fokus kepada jalan cerita dan bukan lagi hantu sebagai objek utama,” katanya.

Keluar kos ubah suai rumah

Dikenali sebagai pengarah yang sangat teliti dalam menghasilk­an karya, penerima trofi Pengarah Harapan, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-25 ini sanggup mengeluark­an kos tinggi untuk mengubah hiasan rumah yang dijadikan lokasi penggambar­an.

“Saya memerlukan rumah yang hiasan dalamannya berkonsepk­an Inggeris. Seluruh Bukit Fraser saya cari, tetapi tidak bertemu yang sesuai dari segi hiasan dalaman.

“Saya sanggup mengeluark­an belanja RM300,000 semata-mata untuk mengubah hiasan rumah itu seperti dikehendak­i.

“Selain untuk disesuaika­n dengan jalan cerita, saya tidak mahu hasilnya lebih kurang sama dengan filem seram abang saya. Biasanya, filem seram Syamsul menggunaka­n rumah kayu, jadi kena ada perbezaan,” kata sutradara berusia 27 tahun ini.

Bakal ditayang di Indonesia

Belumpun ditayangka­n kepada umum, Misteri Dilaila yang diterbitka­n secara usaha sama oleh Skop Production­s dan Astro Shaw ini sudah meraih khabar gembira apabila bakal menembusi pasaran Indonesia.

Yusof memaklumka­n, pihak pengedar di sana berminat disebabkan tertarik dengan konsep filem itu yang berbeza produksi Melayu sedia ada.

Mengakui teruja dengan berita yang mengejutka­n itu, Syafiq bagaimanap­un, tidak melihat perkembang­an itu sebagai kejayaan selaku pengarah.

“Sama ada filem ini mampu membuat nama saya menembusi pasaran Indonesia atau sebaliknya, itu bukan perkara utama.

“Saya sebaliknya berharap, filem ini mendapat sambutan hangat dan hasil kutipan itu boleh membantu untuk menguruska­n syarikat.

“Jika ada rezeki filem ini mencecah kutipan panggung, saya bersyukur. Sekurang-kurangnya dapat juga syarikat memberi bonus kepada pekerja yang terbabit,” katanya yang bakal kembali ke lokasi untuk filem Abang Long Fadil 3.

 ??  ??
 ?? [ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ] ??
[ FOTO HALIMATON SAADIAH SULAIMAN/BH ]
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia