Berita Harian

Juara Masterchef Australia promosi sajian Malaysia

-

Kuala Lumpur: Tanggapan sehebat manapun pencapaian wanita dalam dunia kulinari, kedudukan mereka tetap di dapur, sudah tidak relevan.

Keupayaan wanita dalam bidang berkenaan semakin diiktiraf dengan berbekalka­n keyakinan serta keupayaan untuk pergi jauh dalam meneroka kerjaya.

Juara Masterchef Australia 2017, Diana Chan, 31, berkata keadaan sekarang tidak seperti sebelum ini, malah industri kulinari global menunjukka­n perkembang­an positif dengan memberi peluang sama rata kepada mereka yang layak.

Beliau berkata, kini ramai wanita berupaya menyaingi kemampuan chef lelaki berikutan setiap orang mempunyai peluang melonjakka­n kemampuan diri.

Sebelum ini beliau berkata, tidak dinafikan ramai cef lelaki menonjol berbanding wanita, namun keadaan berubah. Cef wanita tidak ketinggala­n merebut peluang mengembang­kan kerjaya berteraska­n persaingan terbuka.

“Kini ramai cef berbakat hingga tiada dibatasi jurang jantina sebagai penghalang,” katanya.

Anak kelahiran Johor Bahru, Diana kini bermastaut­in di Melbourne, Australia mengusahak­an restoran berkonsepk­an makanan jalanan Malaysia, Eat_chanteen.

Kemenangan yang diperoleh turut melonjakka­n namanya dalam mempromosi­kan sajian Malaysia di Australia.

“Ramai beranggapa­n cef wanita kurang menonjol disebabkan faktor biologi, kurang kudrat berbanding lelaki, namun itu bukan halangan untuk terus cemerlang.

Graduan perakaunan

“Peluang ini tidak wajar dipersiaka­n kerana saya sendiri berlatar belakangka­n bidang perakaunan tetapi lebih minat kulinari selepas dinobatkan juara dua tahun lalu,” katanya yang berkesempa­tan berkhidmat selama empat tahun dalam bidang diikuti selepas menamatkan pengajian peringkat ijazah di Deakin University, Melbourne.

Anak bongsu daripada tiga beradik ini berkata, beliau hanya dibenarkan membantu ibunya yang mahir masakan Baba dan Nyonya seperti mengupas bawang, menghidang­kan juadah dan membersihk­an peralatan memasak ketika berusia lima tahun.

“Semua bermula apabila berjauhan daripada keluarga ketika berusia 19 tahun membuatkan saya perlu memasak bagi mengelak makan di luar,” katanya yang gemar menonton rancangan realiti masakan.

Antara juadah Malaysia yang menjadi kegemarann­ya iaitu sate, asam pedas, nasi ulam serta masakan Baba dan Nyonya yang diolah dengan cara masakan Australia yang terkenal dengan kepelbagai­an makanan laut dan sayuran segar.

“Saya menggemari gandingan resipi Malaysia dalam menu Australia bagi mencipta kelainan dalam sesuatu sajian kerana makanan negara ini tidak begitu dikenali masyarakat luar seperti resipi Vietnam, Barat dan Indonesia,” katanya.

Mengimbas kemenangan Masterchef Australia 2017, katanya beliau tidak meletakkan sebarang harapan kerana acara itu disertai ramai cef berpengala­man.

“Penyertaan hanya menjadi sebahagian peserta pertanding­an realiti di samping cuba mengetenga­hkan bakat memasak. Paling utama membawa menu Malaysia di pentas antarabang­sa.

“Apabila dinobatkan sebagai juara, ia seolah-olah mimpi menjadi kenyataan hingga mengubah kerjaya dan kehidupan saya,” katanya.

Diana pulang ke tanah air seketika bagi menjayakan program bersama Pesuruhjay­a Tinggi Australia di Malaysia untuk demonstras­i masakan menu khas dari Australia beef Tataki with nectarine salsa, anjuran Big Supermarke­t, The Linc Kuala Lumpur.

 ?? [FOTO AMIRUDIN SAHIB /BH] ?? Diana mengadakan demonstras­i masakan menu khas di Kuala Lumpur.
[FOTO AMIRUDIN SAHIB /BH] Diana mengadakan demonstras­i masakan menu khas di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia