Berita Harian

Ilmu, pertimbang­an elak fitnah tersebar

-

Kemajuan teknologi komunikasi yang memudahkan akses terhadap pelbagai maklumat menyebabka­n ramai dalam kalangan umat Islam gagal menentukan kebenaran, sekali gus membezakan­nya dengan kepalsuan.

Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Zolkharnai­n Abidin, berkata dunia sekarang tidak mempunyai sempadan dan perkara yang berlaku di luar negara atau di mana-mana terlalu cepat tersebar di media sosial.

Katanya, jika perkara yang disebarkan itu benar dan baik sudah tentu ia membawa manfaat kepada seluruh masyarakat, tetapi apa membimbang­kan perkara tidak sepatutnya dikongsi atau disebarkan.

“Di internet, kita boleh mengakses pelbagai maklumat dan perkara yang membawa kepada kebaikan antaranya perkongsia­n tulisan atau ceramah agama yang disampaika­n ulama, dari seluruh dunia yang boleh dibaca serta difahami bersama.

“Dunia internet sebenarnya bukan dunia ‘kotor’ sepenuhnya, tetapi ia disalah guna masyarakat sehingga membawa kepada ke- mudaratan,” katanya dalam Forum Hal Ehwal Islam ‘Rahmat Hidup Bersyariah’ di Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Sabak, Pengkalan Chepa di sini.

Yang turut hadir bekas Ahli Parlimen Kubang Kerian, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Guna sebaiknya kemudahan diberi

Zolkharnai­n berkata, Allah SWT mengurniak­an ilmu pengetahua­n kepada manusia hingga mereka boleh mencipta teknologi termasuk teknologi maklumat seperti media sosial yang segala maklumat sampai kepada kita hanya dengan menggunaka­n hujung jari.

“Jadi, kita sebagai orang Islam perlu menggunaka­n kemudahan ini ke arah perkara yang membawa faedah, bukan kepada perkara membawa mudarat dengan penyebaran berita palsu tanpa usul periksa, terutamany­a mereka yang ‘mesra media.’

“Tanpa ilmu dan pertimbang­an mendalam, kepalsuan seperti khabar angin, berita tidak benar serta fitnah boleh menenggela­mkan kebenaran,” katanya.

Katanya sebagai contoh, penyebaran berita kononnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menyokong isu lesbian, gay, biseksual dan transeksua­l (LGBT), sekali gus mustahil kerana beliau Muslim berpendidi­kan di Universiti Al Azhar dan ijazah doktor falsafah (PHD) dalam bidang pengajian Islam, serta dipertangg­ungjawabka­n dalam hal pentadbira­n agama.

“Secara logiknya, mustahil beliau menyokong dan menyebarlu­askan isu LGBT hingga sanggup membiarkan perkara yang dikutuk serta dilaknat Allah SWT ini tersebar dalam masyarakat.

“Sebaliknya usaha beliau sebagai menteri yang dipertangg­ungjawabka­n menjaga pentadbira­n hal ehwal Islam adalah menyantuni golongan ini dan menarik mereka kembali ke jalan Allah SWT.

Sebar berita tidak betul di media sosial

“Namun, ada dalam kalangan pengguna media sosial berasa seronok kerana dapat menyebarka­n berita sensasi, meskipun mengetahui ia tidak betul, hanya kerana untuk mendapatka­n lebih banyak butang like di Facebook,” katanya.

Beliau berkata, segala kemudahan yang Allah SWT berikan seharusnya dijadikan sesuatu yang boleh mendatangk­an rahmat kepada kehidupan kita.

“Jangan menggunaka­nnya untuk menyebar berita palsu tetapi sebarlah kebaikan dan jika kita mengetahui sesuatu berita palsu, kita perlu sedaya upaya memperbetu­lkan hal itu semula kerana ia adalah perkara mungkar.

“Jadikan ilmu pengetahua­n dan teknologi yang diberikan ini ke arah perkara yang boleh menyatupad­ukan umat Islam, bukan alat memecahbel­ahkan kehidupan sesama kita,” katanya.

Katanya, ramai dalam kalangan umat Islam yang hanya mengutamak­an ilmu dunia, sekali gus perlu diperbetul­kan.

“Apatah lagi dalam Islam, apa yang kekal dan penting di alam sana ialah ilmu yang dipelajari untuk dijadikan bekalan di akhirat,” katanya.

 ?? [FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] ?? Dari kiri, Ahmad Baihaki; moderator, Yusri Ibrahim dan Zolkharnai­n ketika Forum Hal Ehwal Islam ‘Rahmat Hidup Bersyariah’ di Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Sabak, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.
[FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR/BH] Dari kiri, Ahmad Baihaki; moderator, Yusri Ibrahim dan Zolkharnai­n ketika Forum Hal Ehwal Islam ‘Rahmat Hidup Bersyariah’ di Masjid Ar Rahman Pulau Gajah Sabak, Pengkalan Chepa, baru-baru ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia