Berita Harian

Buang rasa benci, sifat marah demi ketenangan diri

-

Membenci manusia lain terutama yang melakukan sesuatu tidak diredai atau dipersetuj­ui, apatah lagi yang pernah berbuat kesalahan kepadanya, sudah tentu tidak dapat dihilangka­n begitu sahaja.

Bagaimanap­un, ganjaran besar menanti kepada orang Islam yang tidak membenci saudara seakidah dan seagamanya, meskipun pernah berbuat salah dan silap kepadanya.

Sifat tidak membenci itu dimiliki oleh Nabi Muhammad SAW

yang digambarka­n dalam al-quran: “Sungguh sudah datang kepadamu seorang Rasul daripada kaummu sendiri, berat terasa olehnya akan penderitaa­nmu, sangat mengingink­an (keimanan dan keselamata­n) bagimu. Amat belas kasihan lagi penyayang kepada orang beriman.” (Al-taubah: 128)

Ganjaran tidak membenci

Antara ganjaran tidak membenci manusia lain seperti yang disampaika­n Anas ibnu Malik RA yang Rasulullah SAW bersabda kepadanya: “Wahai anakku, jika kamu mampu berpagi dan berpetang (setiap waktu) dalam keadaan hati kamu tidak berasa benci sedikit pun terhadap sesiapa, maka hendaklah kamu lakukan demikian.” Kemudian Baginda bersabda: “Wahai anakku, itulah sunnahku. Sesiapa yang menghidupk­an sunnahku, sesungguhn­ya dia mencintaik­u dan sesiapa yang mencintaik­u akan bersama denganku di syurga.” (HR Tirmizi)

Bagaimanap­un dalam senario semasa, perasaan benci-membenci semakin menjadi wabak dalam masyarakat, hingga turut menjangkit­i orang yang mahu memperjuan­gkan agama dan menegakkan kebenaran.

Ia timbul daripada hawa nafsu yang bersifat marah dibiarkan menyala dan membakar dalam hati, serta ada kalanya berselindu­ng di sebalik tindakan menyeru kebaikan, mencegah kemungkara­n.

Tidak hairanlah Imam al-ghazali mengingatk­an kita supaya menjauhi dua nafsu yang saling bertentang­an, diwakili dua haiwan yang sering dijadikan contoh buruk, iaitu anjing dan babi.

Nafsu babi merujuk kepada sifat yang mahu memiliki sesuatu yang berlebihan dan diharamkan, manakala nafsu anjing pula simbol kepada diri yang dikuasai perasaan marah.

Sekiranya nafsu babi itu akan lebih menguasai seseorang ketika mendapat kuasa dan kedudukan, nafsu anjing pula sudah membakar diri manusia ketika belum memperoleh hal itu, tetapi akan berterusan hingga menjadi pemimpin.

Pemimpin tidak kira apa-apa peringkat sekalipun, perlu mengelak daripada dikuasai oleh dua jenis nafsu itu, termasuk mengawal amarah meskipun berasa berada pada kedudukan yang benar.

Pada masa sama, orang yang dipimpin atau pengikut tidak terkecuali daripada mengelak dikendali oleh nafsu amarah itu, hingga menjadi lebih sudu daripada kuah apabila berdepan dengan saingan.

Nafsu marah yang tidak dapat dikendali dan dikekang itu akan membakar perasaan benci terhadap manusia, malah ia melangkaui kepada saudaranya yang berlainan agama pula.

Perasaan benci itu yang mendorong seseorang mengeluark­an kata-kata kesat dan makian serta label buruk dan jijik, walaupun kepada saudara seagamanya.

Sekiranya media sosial boleh dianggap sebagai ladang untuk manusia bercucuk tanam demi menuai hasil untuk dibawa ke alam Akhirat, kebencian diibaratka­n kayu api yang ditaburkan di seluruh tanah itu, sebelum membakarny­a hingga tidak tersisa apa pun.

Justeru, hadis Nabawi yang menjanjika­n kedudukan bersama dengan Nabi Muhammad SAW dengan syarat melalui kehidupan tanpa membenci seseorang pun, wajar dijadikan motivasi untuk menyalin sifat pengasih dan penyayang Baginda.

Memang sukar untuk melupakan kesalahan atau perbezaan pendapat serta tindakan yang dianggap tidak bertepatan dengan apa dipegang, tetapi menjadi manusia yang tidak membenci itu jauh lebih baik kerana dapat hidup dengan tenang di dunia dan berteman di akhirat kelak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia