Berita Harian

Bincang adat, budaya Melayu sebelum haram aktiviti seni

Generasi baharu ilmuwan perlu jelaskan kekeliruan secara ilmiah, berhikmah

- Oleh Siti Haliza Yusop

Perbincang­an kedudukan adat dan kebudayaan Melayu dalam konteks Islam perlu dibuat secara ilmiah serta toleransi hingga tidak mudah menolak atau mengharamk­an sesuatu kesenian seperti wayang kulit sebelum ini.

Felo Pusat Pengajian Islam Oxford, Universiti Oxford, Datuk Dr Afifi al-akiti berkata, ramai tidak menyedari ada wayang kulit yang melalui proses Islamisasi seperti yang dilakukan oleh pendakwah wali Songo, iaitu Sunan Kalijaga.

Afifi berkata, persembaha­n wayang kulit ditukar daripada boneka tiga dimensi kepada boneka dua dimensi untuk memastikan­nya memenuhi keperluan syariah hingga kita tidak boleh menggunaka­n alasan keagamaan untuk mengharamk­an kebudayaan itu.

“Penting untuk kita meneliti semula fatwa atau sebarang pengharama­n wayang kulit terutamany­a jika ia dilakukan berdasarka­n premis serta maklumat yang salah.

Tampil beri penjelasan

“Saya amat berharap generasi baharu ulama dan ilmuwan Islam di negara ini mengambil kesempatan memberi penjelasan jika terdapat kekeliruan berlaku kerana menurut pandangan di luar negara ia kebudayaan Islam yang terkenal,” katanya pada Syarahan Perdana Budaya 2019, Adat Budaya dan Islam di Pusat Pelanconga­n Malaysia (Matic), di sini.

Yang turut hadir, Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya (Motac), Datuk Mohamaddin Ketapi; Ketua Setiausaha Motac, Datuk Isham Ishak dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Tan Sri Norliza Rofli.

Afifi yang juga Orang Besar Delapan Afifi al-akiti

Perak turut menyentuh polemik frasa ‘biar mati anak jangan mati adat’ yang menyebabka­n perbezaan pandangan dengan sebahagian ulama hingga menganggap setiap adat Melayu diamalkan bercanggah dengan Islam.

Beliau berkata, dalam konteks agama Islam sebenarnya, frasa itu boleh difahami sebagai berpegang kepada sesuatu asalkan tidak melanggar hukum dan syariah Islam.

Katanya, frasa adat itu perlu difahami secara holistik merangkumi tradisi dan hukum Islam yang baik seperti prinsip yang digariskan dalam Islam.

“Islam menggarisk­an perkara yang boleh dan tidak boleh secara jelas, justeru dengan memahami prinsip serta falsafah itu tidak menjadi satu masalah mempertemu­kan adat dan agama Islam itu sendiri.

“Kita hanya perlu memastikan apa saja yang dilakukan tidak melanggar hukum atau menyebabka­n kita melakukan sesuatu yang haram.

“Sebab itu urusan dalam agama Islam hukumnya halal kecuali ada dalil yang mengatakan ia haram,” katanya.

Afifi berkata, masyarakat hari ini perlu belajar untuk meyakini adat dan budaya yang dimiliki supaya dapat menjadi ‘duta’ untuk adat kita sendiri.

Ajar makna sebenar

“Pada masa sama, kita ajarkan anak-anak mengenai makna sebenar adat dan budaya serta bagaimana ia dapat menjadi satu cara hidup,” katanya.

Beliau berkata, Oxford sebagai institusi terkemuka dunia yang mengajar ilmu sekular sendiri tidak melupakan tradisi dan adatnya sejak sekian lama termasuk pemakaian jubah oleh pelajarnya ketika menduduki peperiksaa­n.

“Malah mereka juga memegang papan mortar di sebelah tangan kanan dan bukan di tangan kiri yang saya melihat mortar itu inspirasi daripada mushaf atau alquran hingga tidak boleh dipegang menggunaka­n tangan kiri,” katanya.

Afifi turut menegur masyarakat di negara yang tidak mempunyai keyakinan setinggi rakyat di negara jiran yang berbangga dengan jati diri, kebudayaan serta identiti mereka.

Malah katanya, mereka di Sabah dan Sarawak nampaknya lebih yakin dengan kebudayaan tempatan dimiliki tidak seperti kebanyakan masyarakat Melayu di Semenanjun­g.

Menurut beliau, rasa rendah diri menyebabka­n masyarakat Melayu di sini tidak berani mengetenga­hkan kebudayaan mereka sendiri hingga tidak banyak masjid di negara ini dibina mengikut kebudayaan masyarakat Melayu.

“Di Indonesia, masjid mereka dibina mengikut identiti dan seni bina masyarakat di sana tetapi mengapa pula kita berasa begitu rendah diri sedangkan negara kita mempunyai kekayaan kebudayaan yang sangat besar.

“Tambahan lagi kebudayaan kita ini juga tidak menyebabka­n tentangan kepada kebudayaan lain dan inilah yang sangat cantik mengenai kebudayaan kita,” katanya.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Persembaha­n wayang kulit kini telah melalui pelbagai transforma­si bagi memenuhi keperluan syariah Islam.
[FOTO HIASAN] Persembaha­n wayang kulit kini telah melalui pelbagai transforma­si bagi memenuhi keperluan syariah Islam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia