Berita Harian

SUNTIK kembangkan bakat kritikan sastera pelajar

-

Kota Kinabalu: Bidang sastera dan kritikan di Sabah akan dikembangk­an dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menerusi Program Sunting, Nilai dan Cantik (SUNTIK), mulai tahun ini.

Program SUNTIK yang dianjurkan sejak dua tahun lalu adalah program bulanan yang menyasarka­n khalayak sastera tempatan serta pelajar universiti awam (UA).

Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Sabah, Aminah Awang Basar, berkata mulai tahun ini, DBP berhasrat memperluas­kan penganjura­n program SUNTIK ke semua IPTS di negeri itu bagi memperkena­lkan sastera dan kritikan sastera.

“Sebelum ini, program SUNTIK diadakan di bangunan DBP Sabah, namun, untuk kali ini kita tidak hanya menyasarka­n pelajar universiti awam (UA) atau khalayak sastera, sebaliknya mahu memperluas­kannya kepada pelajar IPTS yang jarang didekati.

Asah bakat pelajar

“Melalui program ini, kami berhasrat dapat menyerlahk­an dan mengasah bakat pelajar IPTS dalam bidang penulisan,” katanya kepada BH di sini.

Aminah berkata, program SUNTIK diharap mampu melahirkan lebih ramai golongan muda berbakat dalam dunia penulisan dan kesusaster­aan, selain memupuk bakat kritikan karya sastera.

“Buat masa ini, SUNTIK hanya fokus kepada kritikan bagi genre puisi dan cerpen. Pada masa akan datang, kami akan menambah genre sastera lain seperti skrip drama pentas serta novel,” katanya.

Promosi bahasa, sastera Sabah

Beliau berkata, setakat ini Kolej SIDMA menjadi IPTS pertama yang menyambut baik hajat DBP bagi penganjura­n program SUNTIK.

“Bagaimanap­un pihak kami sudah menyenarai­kan beberapa kolej swasta untuk melaksanak­an program sama.

“Bidang kritikan sastera Sabah tidak serancak seperti Semenanjun­g. Oleh itu, kita akan memperbany­akkan program sebegini dengan kerjasama persatuan sastera tempatan dan IPTS,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej SIDMA, Azizah Khalid Merican, berkata program seperti SUNTIK sebagai platform yang baik untuk mempromosi­kan bahasa dan sastera di Sabah.

“Kebanyakan IPTS tidak menawarkan program sastera dan subjek sastera tidak diketengah­kan, jadi program ini peluang kepada pelajar untuk mengembang­kan bakat penulisan,” katanya.

 ??  ?? Aminah Awang Basar
Aminah Awang Basar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia