Berita Harian

GPS gesa pihak berwajib segera bertindak

- Hamdan Abu Setiausaha Gagasan Prihatin Semenyih (GPS)

Isu pembuangan lebih 172 tong sisa baja kimia mengandung­i ‘ethyl ether’ di Sungai Lalang di Semenyih, yang dikesan pada 11 Februari lalu amat mencemaska­n penduduk Semenyih.

Dilaporkan 10 daripada tong dram itu sengaja ditebuk dan diterbalik­kan bagi mengeluark­an cecair disyaki bahan kimia ke saluran air berdekatan.

Bau kuat terhasil di sekitar lokasi tapak pembuangan dan boleh dihidu sehingga 300 meter meliputi Taman Semenyih Permata dan Kampung Pasir.

Masalah ini bagaikan isu kitar semula kerana sudah beberapa kali berlaku termasuk yang menyebabka­n penutupan Loji Rawatan Air Semenyih tiga tahun lalu.

Pada Oktober 2016 misalnya loji rawatan air ditutup tiga hari berikutan pencemaran di Sungai Semenyih. Ia berlaku hanya beberapa minggu selepas penutupan pada September tahun sama.

Ini menyebabka­n beberapa kawasan di Daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling mengalami gangguan bekalan air.

Pembuangan bahan kimia berat secara haram boleh memudaratk­an manusia, alam sekitar, tumbuh-tumbuhan, air serta udara dan perlu dibanteras segera.

Sehubungan itu, Gabungan Prihatin Semenyih (GPS) menggesa pihak berwajib bertindak segera menangani isu pencemaran bahan kimia yang dipercayai dibuang pihak tidak bertanggun­gjawab di kawasan Sungai Lalang.

Beri kesan buruk

Pembuangan bahan berbahaya secara haram berdekatan kawasan perindustr­ian berkenaan, dikhuatiri memberi kesan buruk sekiranya mengalir ke dalam Sungai Semenyih sehingga mengakibat­kan pencemaran air dan penutupan loji rawatan air.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof sendiri mengesahka­n siasatan mendapati keseluruha­n 172 tong berisi sisa toksik dilonggokk­an di kawasan itu menyebabka­n sisa cecair itu tumpah.

Tong berkenaan mengeluark­an bau bahan kimia yang kuat dan di bahagian luar tong tercatat jenis baja kimia, iaitu ‘ethyl ether’ yang dikeluarka­n sebuah syarikat di Cheras, Kuala Lumpur.

Kami harap pihak berkuasa bertindak tegas menahan pihak terbabit membuang sisa toksik berkenaan dan tidak menjadikan Semenyih sebagai pusat pembuangan bahan kimia berbahaya.

Pembuangan bahan kimia berat secara haram boleh memudaratk­an manusia, alam sekitar, tumbuhtumb­uhan, air serta udara dan perlu dibanteras segera”

 ?? [FOTO UNIT BENCANA NEGERI SELANGOR] ?? Sepuluh tong dram berisi bahan kimia sengaja ditebuk dan diterbalik­kan ditemui di Jalan 1, Kampung Sungai Lalang, Semenyih, baru-baru ini.
[FOTO UNIT BENCANA NEGERI SELANGOR] Sepuluh tong dram berisi bahan kimia sengaja ditebuk dan diterbalik­kan ditemui di Jalan 1, Kampung Sungai Lalang, Semenyih, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia