Berita Harian

Syor perluas kempen larangan merokok di pasar tani

-

larangan merokok di semua premis restoran dan kedai makan seluruh negara bermula 1 Januari lalu, memberi kesan yang cukup positif kepada banyak pihak.

Alhamdulil­lah, ramai sudah mula akur dengan ketetapan itu, walaupun masih ada segelintir dalam kalangan perokok yang dikategori­kan sebagai degil.

Sikap degil perokok ini ternyata sukar sekali dibendung, malah pemilik restoran atau kedai makan sendiri tidak mampu berbuat apa-apa. Ibarat tegur salah, tak tegur pun salah.

Lebih teruk ada pula pemilik premis yang dimarahi pelanggan kerana menegur kesalahan mereka merokok di kedai makan. Ini mencetus dilema dan ia benar-benar dialami pemilik premis.

Sikap golongan sebegini pasti ada di manamana. Ibarat setangkai buah, pasti ada sebiji dua yang buruk atau rosak. Hal sama berlaku kepada golongan perokok.

Perokok di lokasi sesak

Di sebalik isu ini, saya ingin menarik perhatian umum mengenai tabiat individu yang selamba merokok ketika bersesak di pasar malam atau pasar tani.

Benar larangan merokok oleh Kementeria­n Kesihatan tidak membabitka­n keduadua lokasi ini, namun perbuatan merokok di lokasi sesak seperti pasar malam atau pasar tani mencermink­an individu terbabit kurang sensitif terhadap persekitar­an.

Seperti di kedai makan, pasar malam atau pasar tani juga ada kanak-kanak dan wanita mengandung yang lalu lalang. Mereka terdedah risiko setiap kali menghidu asap rokok dihembus. Keadaan yang sesak dengan orang ramai memburukka­n keadaan.

Persoalann­ya sekarang, perlukan kerajaan memperluas­kan kempen larangan merokok dengan memasukkan sama pasar tani, pasar malam atau pasar basah dalam senarai lokasi.

 ?? [FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] ?? Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Pahang memasang tanda zon larangan merokok di Pasar Tani Kekal Pekan.
[FOTO MOHD RAFI MAMAT/BH] Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (FAMA) Pahang memasang tanda zon larangan merokok di Pasar Tani Kekal Pekan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia