Berita Harian

Aplikasi bioteknolo­gi tangani pencemaran sisa plastik

-

plastik semakin meruncing di Malaysia sehingga mengakibat­kan pelbagai kesan negatif seperti banjir kilat serta membahayak­an hidupan liar.

Berdasarka­n laporan antarabang­sa dikeluarka­n pada 2015, Malaysia di kedudukan kelapan antara 10 negara yang menyumbang pembuangan sisa plastik.

Sejak 2011, beberapa negeri mengambil langkah drastik mengharamk­an penggunaan beg plastik seperti Pulau Pinang, Melaka dan Wilayah Persekutua­n. Terbaru, Wilayah Persekutua­n juga mengharamk­an penggunaan penyedut minuman plastik.

Di pihak Kerajaan Pusat, Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim melancarka­n ‘Pelan Tindakan Menuju Penggunaan Sifar Plastik Sekali Guna’ yang menyasarka­n penguranga­n pencemaran sisa plastik secara holistik bermula 2018 hingga 2030.

Kemajuan bioteknolo­gi yang semakin berkembang dilihat menangani masalah pencemaran sisa plastik. Pada 2016, sekumpulan penyelidik Jepun menemui bakteria yang boleh menghasilk­an enzim yang mampu mencernaka­n plastik dari jenis polyethyle­ne terephthal­ate (PET).

Temui serangga urai plastik

Penyelidik Eropah pula menemui serangga yang mampu menguraika­n beg plastik diperbuat daripada sumber petroleum.

Hasil penemuan bioteknolo­gi ini berpotensi digunakan bagi membersihk­an sisa plastik dari petroleum yang tercemar dan tidak boleh dikitar semula.

Penggantia­n plastik berasaskan petroleum kepada plastik bio juga mampu mengurangk­an kesan pencemaran. Plastik berasaskan petroleum mengambil masa beratus-ratus tahun untuk terurai, sedangkan plastik bio hanya mengambil masa enam hingga 12 bulan untuk terurai. Ia juga tidak mendatangk­an mudarat kepada alam sekitar.

Selain kelestaria­n penghasila­n plastik bio yang bahan asasnya boleh diperoleh daripada sisa buangan pertanian, peluang Malaysia menjadi hab industri plastik bio juga amat cerah kerana negara sememangny­a menjadi peneraju dalam industri plastik dunia.

Bagi memastikan aplikasi bioteknolo­gi diguna pakai secara menyeluruh dan menghasilk­an impak maksimum dalam menangani isu pencemaran plastik, koordinasi pelbagai pihak, termasuk kementeria­n serta agensi kerajaan yang berkaitan serta penyelidik tempatan, perlulah diperkemas dan diberi lebih perhatian oleh pihak kerajaan.

Hermadiana Mat Presiden Biomateria­l & Biotechnol­ogy Malaysia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia