Berita Harian

Hanoi sedia sambut Trump, Jong Un

Lokasi pertemuan mungkin di sebuah bangunan kerajaan era penjajahan

-

VHanoi

ietnam memulakan persiapan, semalam untuk menyambut kunjungan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un yang akan menaiki kereta api untuk tiba di Hanoi, minggu depan menjelang sidang kemuncak kedua bertemu Presiden Donald Trump.

Menurut dua sumber, iaitu keselamata­n dan logistik, tempoh perjalanan pemimpin itu dijang- ka membabitka­n sekurangku­rangnya dua setengah hari merentasi laluan beribu kilometer ke China dari Pyongyang sebelum tiba ke destinasi pertemuan pada 25 Februari ini.

Kereta api Jong Un akan berhenti di stesen sempadan Dong Dang, Vietnam sebelum dia dipandu 170 kilometer ke Hanoi menggunaka­n kereta, menurut sumber.

Trump dan pemimpin itu akan bertemu di ibu negara Vietnam pada 27 dan 28 Februari ini, iaitu lapan bulan selepas pertemuan pertama di Singapura. Ia adalah perjumpaan pertama pemimpin negara AS itu dengan pemimpin Korea Utara.

Pada ketika itu, kedua-dua pemimpin itu melafazkan ikrar untuk bekerjasam­a menghentik­an sepenuhnya program senjata nuklear di semenanjun­g Korea.

Rundingan pada ketika itu dianggap tidak menepati jangkaan masyarakat global namun harapan pada ketika ini amat besar untuk mencapai satu persetujua­n secara lebih menyeluruh.

Dalam perkembang­an berasingan, tiga sumber yang memiliki maklumat penting mengenai sidang kemuncak itu memberitah­u Reuters, lokasi pilihan kedua-dua pemimpin itu adalah di sebuah rumah tamu kerajaan, iaitu sebuah bangunan kerajaan era penjajahan di tengah Hanoi.

Trump tidak terburu-buru

Sementara itu, Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc memberitah­u jawatankua­sa penganjur sidang berkenaan, kelmarin bahawa isu keselamata­n akan menjadi keutamaan kepada kerajaan beliau.

Di Washington, Trump berkata walaupun beliau berharap sidang kemuncak kedua dengan Jong-un mencapai banyak perkembang­an, namun beliau tidak terburu-buru untuk meraih hasilnya.

“Paling utama, saya mahu melihat Korea Utara menamatkan program nuklearnya,” katanya kepada pemberita, seminggu menjelang sidang kemuncak itu.

“Saya rasa Korea Utara dan Pengerusi Jong-un bakal membentang­kan beberapa perkara yang sangat positif dan kita akan tahu tidak lama lagi. Apapun saya tidak terburu-buru,” katanya sambil menambah sekatan masih diteruskan.

Pada sidang kemuncak bersejarah di Singapura itu, Trump dan Jong Un menghasilk­an satu dokumen yang disebut ‘tidak jelas’ ketika pemimpin Pyongyang itu berusaha ke arah penamatan program nuklear di semenanjun­g Korea.

Bagaimanap­un, kemajuan proses itu terhenti apabila kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan apa sebenarnya yang dimaksudka­n.

Sementara itu, kenyataan Jabatan Negara berkata, Wakil Khas AS untuk Korea Utara, Stephen Biegun sudah ke Hanoi sebagai persiapan menjelang sidang kemuncak itu. AFP

 ??  ?? Potret Trump dan Jong Un dipamerkan di sebuah kafe di Hanoi, semalam.
Potret Trump dan Jong Un dipamerkan di sebuah kafe di Hanoi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia