Berita Harian

7 kanak-kanak Syria maut kebakaran di Kanada

-

Montreal: Tujuh kanak-kanak sekeluarga maut dalam kebakaran di rumah mereka di pantai Atlantik, Kanada, menurut polis, kelmarin.

Menurut laporan agensi berita tempatan CBC, mangsa adalah pelarian Syria.

“Ada tujuh kematian disebabkan kejadian itu. Semua mangsa dipercayai kanak-kanak daripada keluarga sama.

“Seorang wanita dan seorang lelaki masih di hospital,” kata polis Halifax, yang menyiasat punca kejadian dalam satu kenyataan.

Jiran keluarga itu, Danielle Burt, memberitah­u CBC, beliau mendengar letupan pada tengah malam sebelum melihat rumah terbakar.

“Saya dengar letupan kuat dan sedang berbaring di atas katil dengan anak perempuan saya.

Tunggu laporan penuh

“Diikuti jeritan wanita. Saya melompat turun dan melihat menerusi tingkap belakang dan cuma nampak api dari pintu belakang,” katanya.

Dalam mesej menerusi akuan Twitter, Perdana Menteri, Justin Trudeau berkata dia amat sedih dengan kejadian ini yang meragut nyawa kanak-kanak serta berkongsi saat berkabung bersama semua anggota keluarga mangsa.

“Saya terharu, sedih dengan kematian kanak-kanak yang meninggalk­an kita semua, khususnya dalam situasi seperti ini,” katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Halifax, Mike Savage turut menyuaraka­n perasaan sedih susulan insiden kebakaran itu dan sedang menunggu laporan penuh punca kejadian itu di Spryfield.

“Kami semua di sini amat sedih dan ucapkan takziah kepada keluarga mangsa. Kami mengerti perasaan mereka yang amat mencintai anak-anak mereka yang meninggalk­an mereka,” katanya. AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia