Berita Harian

Lady Gaga putus tunang

Berita perpisahan mula tersebar beberapa hari menjelang anugerah Oscar

-

Bintang pop dan calon anugerah Oscar, Lady Gaga mengumumka­n berpisah dengan tunangnya Christian Carino selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta.

Jurucakap selebriti berusia 32 tahun itu mengesahka­n laporan media, kelmarin bahawa penyanyi lagu ‘Shallow’ dan Carino, yang juga ejen beliau memutuskan pertunanga­n mereka tanpa menyatakan puncanya.

Dicalonkan aktres terbaik

“Ia tidak dapat diselamatk­an lagi. Hubungan kadangkala berakhir. Namun tiada sebarang kisah dramatik di sebaliknya,” kata sumber yang enggan dikenali kepada majalah People.

Berita perpisahan itu mula tersebar beberapa hari menjelang anugerah Oscar Ahad ini di mana Gaga dicalonkan sebagai aktres terbaik untuk wataknya dalam filem ‘A Star is Born’.

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Poker Face’ dan ‘Bad Romance’ itu juga bakal mempersemb­ahkan lagu ‘Shallow’ dari filem ‘A Star is Born’ di pentas Oscar, lagu yang diramal bakal mengunggul­i kategori lagu asal terbaik.

Pasangan yang mula intim sejak Februari 2017 itu mengumumka­n pertunanga­nnya dengan Carino Oktober lalu, beberapa bulan selepas berpisah dengan pelakon ‘Chicago Fire’, Taylor Kinney.

Gaga dan Carino kelihatan mesra ketika menghadiri anugerah Golden Globe dan Screen Actors Guild di Los Angeles, Januari lalu, namun peminat menyedari penyanyi itu tidak memakai cincin pertunanga­nnya ketika menyanyi di pentas anugerah Grammy 10 Februari lalu. REUTERS

 ??  ?? Lady Gaga berpisah selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta.
Lady Gaga berpisah selepas tiga tahun menjalin hubungan cinta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia