Berita Harian

‘Bukan impian Klopp’

Pengurus Liverpool tetap optimis mampu atasi halangan di Munich

-

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui keputusan seri 0-0 berdepan musuh lama, Bayern Munich semalam bukanlah sesuatu ‘diimpikann­ya’, namun yakin akan mara ke suku akhir Liga Juara-juara.

Sadio Mane mensia-siakan peluang terbaik buat tuan rumah apabila pemain Senegal itu menyepak liar pada 45 minit pertama, namun persembaha­n kurang menarik pada babak kedua menyebabka­n keputusan perlu ditentukan pada aksi kedua di Munich pada 13 Mac ini.

Tanpa kehadiran Virgil van Dijk kerana penggantun­gan dan kecederaan dialami Joe Gomez serta Dejan Lovren, The Reds sekurangku­rangnya tidak melepaskan gol walaupun menggunaka­n pemain tengah Brazil, Fabinho berpasa- ngan dengan Joel Matip.

“Ia bukan keputusan yang kami mahukan. Ia bukan perlawanan yang akan kami ingati untuk 30 tahun akan datang. Itu keputusan yang kami dapat dan kami perlu terima.

“Kami tidak bolos tanpa orang besar (Van Dijk). Ramai tidak menjangkak­annya. Pertahanan bagus. Banyak perkara sangat bagus, saya tidak gembira sangat, tetapi okey dengan permainan,” kata Klopp.

Liverpool juga menghasilk­an ancaman pada penghujung permainan walaupun penamat kurang ketajaman.

Pasukan sensasi

“Kami menjadikan hidup lebih sukar dengan hantaran hari ini, kira-kira 10 atau 12 kali. Kami boleh dan perlu bermain lebih baik,” kata Klopp.

Sementara itu, juara Jerman itu yang berjaya mara ke kelompok lapan terakhir Liga Juara-juara dalam tujuh musim sebelum ini mempunyai kelebihan pengalaman untuk bertahan dalam apa yang dilihat sebagai keputusan seri bermakna untuk mereka kembali bangkit.

“Saya tidak ingat jika banyak kelab tidak melepaskan gol di Anfield. Dengan cara Liverpool bermain, mereka pasukan sensasi yang bagus. Pasukan saya bertahan baik di belakang.

“Kami tidak menjaringk­an gol, tetapi kami tidak melepaskan gol. Perlawanan di tempat sendiri adalah kelebihan, kami bermain di depan 75,000 penyokong, tetapi kami tahu jika kami melepaskan gol, kami perlu menang,” kata bos Bayern, Niko Kovac.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia