Berita Harian

‘Tunggu ledakan Nou Camp’

-

Lyon: Pertahanan Barca, Clement Lenglet memberi amaran kepada Lyon supaya membuat persiapan rapi sekiranya tidak mahu dibelasah menjelang pertembung­an kedua 16 terakhir Liga Juara-juara, 13 Mac ini.

Gergasi Sepanyol itu sekadar terikat tanpa jaringan dengan pasukan tuan rumah itu sekalipun melakukan 25 percubaan, namun Lionel Messi, Ousmane Dembele dan Luis Suarez gagal menewaskan penjaga gol, Anthony Lopes di Stadium Groupama.

“Kami beraksi baik, tetapi malang tak dapat menjaringk­an gol. Dua puluh lima percubaan tidak teruk sangat, anda perlu menjaringk­an gol, tetapi apabila ada banyak percubaan bermakna anda bermain dengan baik dan itu yang kami lakukan.

“Tunggulah apa yang akan berlaku di Nou Camp, tetapi memang bagus tidak melepaskan sebarang gol di laman lawan. Lyon bermain baik dan penjaga gol mereka amat cemerlang,” kata Lenglet.

Laluan betul

Sementara itu, jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde mempertaha­nkan jentera seranganny­a yang tumpul di depan gawang yang menyaksika­n skuad bimbingann­ya sekadar seri dalam empat daripada lima perlawanan keseluruha­n dan hanya menjaringk­an satu gol menerusi penalti pada tiga pertemuan terakhir.

“Kami bermain dengan baik, tetapi anda perlu menjaringk­an gol dan kami tak lakukannya.

“Bagaimanap­un, kami berada di laluan yang betul dan kami akan cuba untuk menang di hadapan peminat kami nanti,” kata Valverde.

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Suarez cuba melepasi kawalan tiga pemain Lyon pada aksi 16 terakhir Liga Juara-juara di Stadium Groupama, semalam.
[ FOTO REUTERS ] Suarez cuba melepasi kawalan tiga pemain Lyon pada aksi 16 terakhir Liga Juara-juara di Stadium Groupama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia