Berita Harian

Peluang Sarri selamatkan diri

Kedudukan pengurus Chelsea ditentukan selepas final Piala Liga

-

Maurizio Sarri terus diberi peluang membimbing Chelsea menjelang aksi kedua pusingan 32 terakhir Liga Europa berdepan Malmo esok, biarpun kedudukann­ya selaku pengurus The Blues ibarat ‘telur di hujung tanduk’.

Desas-desus kuat mengatakan nasibnya hanya akan diputuskan selepas aksi final Piala Liga menentang Manchester City, Ahad ini.

Pengendali dari Itali itu teruk dikecam penyokong The Blues selepas kekalahan 0-2 di tangan Manchester United dalam pusingan kelima Piala FA, kelmarin.

Kekalahan kepada United itu hadir hanya seminggu selepas dimalukan 0-6 oleh Manchester City, diikuti kemenangan 2-1 ke atas Malmo dalam aksi pertama, Khamis lalu.

Tukar 12 pengendali

Malah, terdapat laporan media Britain yang menyatakan barisan kepimpinan tertinggi Chelsea sudah bermesyuar­at bagi membincang­kan nasib Sarri.

Difahamkan, bekas pengendali Napoli itu hanya ditawarkan talian hayat hingga Ahad ini untuk menyelamat­kan dirinya dan kempen Chelsea.

Sejak 2003 di bawah milikan Roman Abramovich menyaksi- kan kelab London itu sudah bertukar 12 pengendali.

Pemain sayap Chelsea, Pedro berkata: "Aksi Liga Europa ini amat penting buat kami selain pertembung­an final Piala Liga berdepan City.

"Apa yang paling penting adalah kekal tenang, teruskan latihan dengan bersungguh­sungguh dan cuba menemui semula rentak kami, jika tidak kami akan terus berdepan masalah."

The Blues yang ketika ini menghuni tangga keenam Liga Perdana Inggeris (EPL) turut dikaitkan dengan Zinedine Zidane dan Laurent Blanc sekiranya Sarri dipecat. AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia