Berita Harian

Prestasi hambar Ozilsilap Arsenal

-

London: Arsene Wenger menyifatka­n keputusan Arsenal untuk menawarkan kontrak jangka panjang kepada Mesut Ozil membuat pemain tengah The Gunners itu kini dalam zon selesa.

Pada Januari lalu, Arsenal menandatan­gani kontrak baharu dengan Ozil yang menyaksika­n pemain Jerman itu kekal bersama kelab berkenaan sehingga 2021.

Keputusan itu dibuat selepas timbul spekulasi yang mengatakan dia akan mengikut jejak langkah Alexis Sanchez berpindah ke kelab lain.

“Saya fikir tempoh kontrak yang panjang tidak ada kena mengena dengan pemilihan untuk berada dalam pasukan. Namun, ada kes tertentu yang perlu diper- timbangkan,” kata bekas pengurus Arsenal itu selepas menerima anugerah Tokoh Sukan Sepanjang Zaman pada Majlis Anugerah Sukan Dunia Laures.

Keluar RM530 juta

“Apabila kita menandatan­gani kontrak dengan pemain selama lima tahun, kita fikir kita akan mendapat pemain yang bagus untuk tempoh lima tahun.

“Namun, itu tidak bermakna mereka menjalani latihan dan berada pada tahap prestasi terbaik sepanjang masa. Ini kerana mereka mungkin dalam zon selesa.

“Dia mempunyai kontrak tetapi masalahnya, jika kamu mahu membeli pemain seperti dia, kamu perlu mengeluark­an Bekas pengurus Arsenal perbelanja­an sebanyak 100 juta pound (RM530 juta).

“Dan untuk mengekalka­n nilai pemain seperti Ozil, ia memerlukan lebih daripada struktur bola sepak,” katanya.

Masa depan Ozil bersama Arsenal yang kini di bawah kendalian Unai Emery tampak suram selepas dia beberapa kali diketepika­n daripada pasukan termasuk ketika aksi bertemu BATE Borisov dalam aksi pertama pusingan 32 terbaik Liga Europa, minggu lalu.

Sama ada dia disenaraik­an menjelang aksi kedua awal pagi esok masih belum diputuskan ketika The Gunners perlu bangkit di Stadium Emirates selepas tewas 0-1 dalam aksi pertama.

AGENSI

 ?? [ FOTO REUTERS ] ?? Arsene Wenger selepas menerima anugerah Tokoh Sukan Sepanjang Zaman pada Majlis Anugerah Sukan Dunia Laures di London.
[ FOTO REUTERS ] Arsene Wenger selepas menerima anugerah Tokoh Sukan Sepanjang Zaman pada Majlis Anugerah Sukan Dunia Laures di London.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia