Berita Harian

Penganjur kena bincang dengan polis

-

Kuala Lumpur: Laluan perlumbaan jelajah berprestij di Asia, Le Tour de Langkawi (LTDL) 2019 hanya akan diputuskan selepas penganjurn­ya, Human Voyage (M) Sdn Bhd berbincang dengan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam masa terdekat.

Presiden Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abdul Wahab berkata satu pertemuan antara badan induk itu bersama wakil Human Voyage dilakukan di ibu pejabat PKBM, semalam selepas penganjur Tour de Iskandar Johor (TDIJ), Sovereign Internatio­nal Ventures Sdn Bhd meminta pihaknya mengemukak­an masalah yang timbul jika cadangan laluan perlumbaan LTDL 2019 dari Kuala Lumpur ke Pulau Langkawi diteruskan.

“Seperti diketahui ramai, sokongan pihak polis sangat penting dalam melancarka­n sesuatu perlumbaan jelajah berbasikal dan secara dasarnya Human Voyage bersetuju untuk berjumpa PDRM bagi meminta pendapat mengenai laluan LTDL yang mereka cadangkan (Kuala Lumpur ke Langkawi) sebelum keputusan dibuat.

“Apa yang menjadi masalah apabila perlumbaan akan berakhir pada 13 April di Langkawi nanti kerana anggota polis yang sama hanya boleh ke tanah besar keesokan harinya apabila perlumbaan berakhir di sebelah petang. Perjalanan ke Johor juga memakan masa yang lebih lama berbanding jika perlumbaan ditamatkan di Kuala Lumpur,” katanya semalam.

Lebih dekat

Penganjur TDIJ mendedahka­n pihak mereka kemungkina­n terpaksa menanggung peningkata­n kos antara RM500,000 hingga RM1 juta jika kontraktor dan pegawai sama yang turut terbabit dengan LTDL 2019 tidak dapat sampai beberapa hari sebelum perlumbaan bagi persediaan TDIJ yang akan berlangsun­g dari 17 hingga 21 April.

Abu Samah berkata, Persekutua­n Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) sudah memaklumka­n kepada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) mengenai perkara itu dan KBS meminta wakil mereka turut dibawa bersama ketika pertemuan dengan pihak polis.

Pada peringkat awal, Human Voyage sebelum ini mencadangk­an perlumbaan sebanyak lapan peringkat yang sudah ditangguhk­an bermula 6 April ini diadakan dari Langkawi dan berakhir di Kuala Lumpur namun cadangan itu diubah dengan perlumbaan dikatakan akan bermula dari Kuala Lumpur ke Langkawi.

“Mengikut pendapat PKBM, lebih elok jika perlumbaan diadakan bermula dari Langkawi dan berakhir di Kuala Lumpur supaya tiada pertindiha­n berlaku. Lagipun, perjalanan anggota polis dari Kuala Lumpur ke Johor (bagi persediaan TDIJ) adalah lebih dekat berbanding dari Langkawi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia