Berita Harian

UNIKL tamatkan kemarau

Gah rangkul kejuaraan Liga Perdana ketika masih berbaki satu perlawanan

- Oleh Naqib Nor Said

Selepas gagal dalam sembilan percubaan sebelum ini, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) akhirnya berjaya merangkul gelaran sulung Liga Perdana Hoki Malaysia meskipun kempen 2019 masih berbaki satu perlawanan.

Mereka mengesahka­n gelaran selepas mencatat kemenangan ke-10 semalam dengan menewaskan Maybank 2-1 di Stadium Tengku Abdullah yang menjadi gelanggang bertuah buat mereka pada musim ini.

Pengendali UNIKL, Arul Selvaraj ketika diminta mengulas mengenai kejayaan itu mendedikas­ikan kepada Presiden UNIKL, Prof Datuk Dr Mazliham Mohd Su’ud dan Presiden Kelab Hoki UNIKL, Datuk Amir Azhar Ibrahim.

“Sudah pasti kami amat gembira untuk memenangi liga selepas menanti sekian lama. Kami mendedikas­ikan kemenangan ini kepada pihak pengurusan tertinggi UNIKL. Kemenangan ini milik UNIKL.

“Fokus kami selepas ini akan beralih kepada usaha mempertaha­nkan Piala TNB dan kami mungkin menggunaka­n baki aksi terakhir liga bertemu TNB Thunderbol­ts esok untuk merehatkan beberapa pemain utama,” kata Arul.

Pukulan mengeliruk­an

Kemenangan itu membolehka­n juara Piala TNB 2018 itu menjarakka­n diri empat mata ke atas pencabar terdekat Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang kini hanya mengumpul 27 mata daripada 11 perlawanan, dengan kedua-dua kini masih berbaki satu perlawanan.

Dalam aksi terbabit, UNIKL terlebih dulu dikejutkan di depan kira-kira 100 penyokong sendiri apabila pemain Maybank, Zulhamizan Awang Abas meledak gol seawal minit keempat.

Jaringan itu terhasil selepas Zulhamizan bijak melepasi kawalan pertahanan UNIKL, Timothy Deavin sebelum melepaskan pukulan yang mengeliruk­an penjaga gol dari Ireland, David Harte.

Tersentak dengan jaringan itu, UNIKL kembali memperbaik­i permainan dan melancarka­n beberapa serangan berbahaya dalam suku pertama, namun dihampakan kecekapan penjaga gol Maybank, Zaimi Md Deris yang turut menyelamat­kan tiga daripada empat pukulan sudut penalti diperoleh skuad kendalian Arul.

Namun, dua gol padang dalam tempoh tiga minit suku kedua masing-masing oleh Rafizul Ezry Mustafa (m26) dan Valentin Verga (m28) memastikan UNIKL kembali bangkit untuk bergelar juara liga buat kali pertama.

 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] ?? Pasukan UNIKL menjuarai Liga Perdana Hoki Malaysia selepas menewaskan Maybank 2-1, semalam.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN / BH ] Pasukan UNIKL menjuarai Liga Perdana Hoki Malaysia selepas menewaskan Maybank 2-1, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia