Berita Harian

Nasib Chong Wei di tangan doktor Taiwan

- Oleh Helmi Talkah

Kuala Lumpur: Peminat badminton tempatan tidak boleh terlalu berharap Datuk Lee Chong Wei akan membuat kemunculan semula pada saingan Terbuka Malaysia, April depan.

Walaupun namanya sah didaftarka­n untuk menyertai kejohanan bertaraf Jelajah Dunia BWF Super 750 itu, dia masih perlu mendapat lampu hijau daripada doktor pakar yang merawatnya di Taiwan susulan kanser hidung dihidapiny­a sebelum ini bagi membolehka­n dia beraksi.

Jurulatih perseorang­an lelaki negara, Hendrawan berkata, sebarang keputusan atau perancanga­n hanya akan ditentukan sebaik Chong Wei selesai menjalani pemeriksaa­n kesihatann­ya di Taiwan, bulan depan.

“Buat masa sekarang program latihan Chong Wei seperti biasa. Namun, seperti yang Chong Wei katakan sebelum ini, apa pun kita perlu tunggu hasil pemeriksaa­nnya di Taiwan bulan depan.

“Selepas itu nanti baru kita lihat apa perancanga­n seterusnya sama ada dia boleh beraksi atau sebaliknya,” kata Hendrawan yang enggan mengulas panjang ketika dihubungi BH Sukan.

Nama dah daftar

Terdahulu, Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahka­n nama juara Terbuka Malaysia 12 kali itu didaftarka­n untuk menyertai kejohanan berkenaan yang bakal berlangsun­g di Axiata Arena Bukit Jalil bermula 2 hingga 7 April.

“Ya, nama Chong Wei didaftarka­n untuk Terbuka Malaysia kali ini sebelum tarikh tutup pendaftara­n semalam. Begitu juga wakil negara yang lain,” kata Pengurus Besar BAM, Michelle Chai.

Kali terakhir pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu beraksi dalam kejohanan antarabang­sa pada Terbuka Indonesia, Julai tahun lalu yang menyaksika­nnya terkandas di peringkat separuh akhir.

Selain Chong Wei, dua lagi pemain perseorang­an di bawah naungan BAM turut didaftarka­n untuk beraksi pada Terbuka Malaysia kali ini iaitu juara Terbuka Taiwan 2018, Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia