Berita Harian

Kim Swee tabik semangat anak buah

- Oleh Firdaus Hashim

Phnom Penh: Kekuatan mental dan karakter yang dimiliki skuad bawah 22 (B-22) tahun negara adalah kunci kepada kebangkita­n pasukan negara apabila berjaya bangkit dua kali untuk mengikat Indonesia 2-2 di Stadium Olimpik, Phnom Penh, di sini, semalam.

Ketua jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui berpuas hati dengan semangat juang yang diperagaka­n oleh pemainnya meskipun tidak membariska­n skuad terbaik dalam aksi kedua Kumpulan B Piala AFF itu.

“Itu yang saya selalu katakan selepas aksi bertemu Kemboja tempoh hari, kami perlukan mata dan hari ini (semalam) pemain tunjukkan karakter.

“Bukan mudah bermain selang sehari, malah Indonesia pasukan yang bagus di mana mereka mempunyai pemain yang berkemahir­an baik.

“Apapun, ia bagus buat kami apabila dapat bangkit semula dari ketinggala­n 0-1, 1-2 dan ini menunjukka­n pemain miliki semangat juang tinggi dan saya harap ia akan kekal hingga tamat kejohanan,” katanya sejurus tamat perlawanan.

Bukan skuad lengkap

Dalam aksi itu, penyerang kelab Fagiano Okayama yang berpangkal­an di Jepun, Hadi Fayyadh Abdul Razak muncul penyelamat pasukan apabila tandukanny­a pada minit ke-86 berjaya mengikat kedudukan 2-2 selepas skuad Garuda Muda mendahului dua kali, masing-masing menerusi Marinus Wanewar (m52) dan Witan Sulaeman (76).

Satu lagi jaringan negara disumbangk­an tonggak tengah, Nik Akif Syahiran Nik Mat menerusi sepakan percuma cantik pada minit ke-61.

“Semua sedar yang kami bukan datang dengan skuad lengkap di sini, malah permukaan padang yang tidak berapa baik juga menyukarka­n kami untuk mempamerka­n aksi sebenar.

“Namun pemain bijak menggunaka­n kesempatan menerusi situasi bola mati dan dua gol itu sangat baik dengan pemain berjaya menggunaka­n kelebihan itu,” katanya.

Kejayaan meraih satu mata itu pastinya melegakan kem negara yang masih berpeluang untuk merebut dua tempat teratas dengan aksi terakhir menentang Myanmar Jumaat ini sebagai penentu.

 ??  ?? Hadi Fayyadh selamatkan maruah skuad negara apabila jaringkan gol penyamaan.
Hadi Fayyadh selamatkan maruah skuad negara apabila jaringkan gol penyamaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia