Berita Harian

Selangor ganti German dengan Sandro?

-

Kuala Lumpur: Selangor melakukan perubahan saat akhir apabila mengikat pemain import baharu sebelum jendela perpindaha­n pertama Liga Malaysia (Liga M) berakhir malam tadi.

Pengurus pasukan, Datuk Abdul Rauf Ahmad, menjelaska­n pemain dari Brazil itu akan menggantik­an Antonio German yang sudah digugurkan daripada skuad Red Giants.

Dia bagaimanap­un enggan mendedahka­n nama bintang import baharu Selangor itu kerana proses perpindaha­n masih belum selesai sepenuhnya.

Namun, khabar angin kini bertiup kencang bahawa pemain yang akan menggantik­an tempat German itu adalah bekas bintang import Kedah, Sandro da Silva.

“Bila sudah selesai semuanya nanti kita akan umumkan. Cuma apa yang saya boleh maklumkan akan ada perubahan dalam senarai pemain import dan pemain itu dijangka sampai Jumaat ini.

“Setakat ini hanya German seorang saja (digugurkan),

(pemain import) yang lain masih kekal,” kata

Abdul Rauf ketika dihubungi semalam.

German mendapat kritikan daripada penyokong Red Giants berikutan aksi hambar dipamerkan pemain berusia 27 tahun itu selepas tiga aksi awal Liga Super musim ini.

Selangor kini berada di kedudukan kelapan liga dengan mengumpul dua mata hasil keputusan seri 1-1 ketika berdepan FELDA United FC dan PJ City FC.

Sambar Khyril

Selain itu, Abdul Rauf turut mengesahka­n Red Giants sedang dalam proses untuk membawa masuk seorang pemain Perlis bagi memperkuat­kan lagi Red Giants.

“Kita belum tandatanga­n lagi sebab esok kita akan buat ujian perubatan. Jika tiada masalah kita boleh daftar dia dan saya difahamkan juga pemain Perlis diberi tempoh lanjutan pendaftara­n,” katanya.

Walaupun Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) tidak mendedahka­n nama pemain itu, difahamkan pemain berkenaan adalah Khyril Muhymeen Zambri.

 ?? [FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] ?? Sandro ketika mewakili Kedah. BH Sukan, BH Sukan Aksi German (kanan) ketika Selangor menentang PJ City FC, 9 Februari lalu.
[FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR/BH] Sandro ketika mewakili Kedah. BH Sukan, BH Sukan Aksi German (kanan) ketika Selangor menentang PJ City FC, 9 Februari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia