Berita Harian

Safiq mahu ‘kejutkan’ rakan lama

- Oleh Nazri Abu Bakar

Tonggak Melaka United (MU), Safiq Rahim menegaskan dia dan rakan sepasukan sudah bersedia daripada aspek fizikal dan mental menjelang pertembung­an menentang bekas pasukannya, Johor Darul Ta’zim (JDT), Sabtu ini.

Menurutnya, berdepan Harimau Selatan yang memiliki reputasi gah di kancah Liga Malaysia (Liga M) dan beraksi pula di laman mereka, ternyata ujian getir buat skuad Hang Tuah untuk mengimpika­n mata.

Bagaimanap­un, dia percaya bukan mustahil dia dan rakan sepasukan membawa pulang sekurang-kurangnya satu mata sekiranya berdisipli­n dan mengikut taktikal yang sudah dirancang jurulatih, Zainal Abidin Hassan.

Keistimewa­an tersendiri

“Walaupun banyak pengalaman bermain bersama JDT, namun ia bukan kelebihan buat saya untuk mengetahui kelemahan dan kekuatan mereka.

“Selepas tidak lagi bersama musim ini, JDT dilihat tampil amat berbeza. Secara jelas musim ini JDT memiliki keistimewa­an tersendiri begitu juga musim lalu dan sebelumnya.

“Justeru, hanya fokus dan kerja keras pada hari perlawanan mampu membantu kami melakukan kejutan,” katanya yang beraksi bersama JDT dari 2013 hingga 2018.

MU melepasi ujian getir pertama Sabtu lalu apabila bangkit mengikat Pahang 1-1 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput.

Keputusan itu menyaksika­n mereka mengekalka­n rekod tanpa kalah musim ini selepas menewaskan PJ City 2-1 dan PKNS FC 1-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia