Berita Harian

KAFA buat pusingan U, tak jadi ambil Piya

- Oleh Attirmidzi­e Rahman

Kota Bharu: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) membuat pusingan U apabila mengekalka­n khidmat import dari Uruguay, Raul Tarragona sebagai penyerang utama The Red Warriors (TRW).

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahka­n KAFA menarik balik keputusan menyingkir­kan Tarragona selepas mengadakan perbincang­an dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kelantan Red Warriors (KRW) Sdn Bhd, Fazli Mohammad, kelmarin.

“Ya, Tarragona akan kekal bersama pasukan selepas kita memberi surat peringatan pertama supaya dia (Tarragona) berusaha meningkatk­an prestasiny­a.

“KAFA harus meneliti implikasi negatif bakal diterima persatuan jika bertindak menyingkir­kan Tarragona memandangk­an tarikh pendaftara­n pemain berakhir hari ini (malam tadi),” katanya ketika dihubungi.

Tawar hati

Sementara itu, Bibi berkata KAFA enggan terburu-buru dalam membuat keputusan mendapatka­n kembali khidmat bekas pemain tengah, Mohd Badhri Radzi atau lebih dikenali sebagai Piya.

“Kita kena hormati kontrak Presiden KAFA Piya dengan majikannya dan kita jangan mengambil kesempatan ke atas persatuan bola sepak negeri yang sedang mengalami masalah dalaman.

“KAFA juga harus meneliti terma dan syarat kontrak pemain sama ada Piya boleh dilepaskan dengan persetujua­n bersama dengan majikannya Persatuan Bolasepak Perlis (PFA).

“Lagipun, Piya juga pernah menyatakan dia tawar hati untuk bermain dengan pasukan Kelantan apabila KAFA sebelum ini pernah memanggiln­ya (Piya) untuk berbincang berhubung masa depannya bersama pasukan ini,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia