Berita Harian

Penahanan bongkar aktiviti sindiket Macau Scam

Laporan dibuat mangsa penipuan dedah modus operandi

- Oleh Mohd Roji Kawi

Penahanan 47 rakyat Malaysia di Kemboja, termasuk 40 dari Sarawak sejak 11 Disember lalu, memberi petunjuk sekali gus membongkar kegiatan penipuan dalam talian atau Macau Scam yang kini sudah memperdaya ramai mangsa di negeri ini.

Ia berikutan pendedahan beberapa mangsa kes penipuan pekerjaan itu dalam laporan polis yang mereka buat, selepas dibebaskan dari Penjara Provinsi Banteay Meanchey, Kemboja dan dibawa balik ke negeri ini, baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superinten­dan Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata sehingga kelmarin seramai lapan mangsa, termasuk enam lelaki sudah membuat laporan berhubung kes penipuan pekerjaan itu.

Beliau berkata, berdasarka­n laporan itu, semua mangsa mendakwa mereka diarahkan untuk menghafal skrip menyamar sebagai pegawai bank atau mahkamah, modus operandi sama yang digunakan oleh sindiket Macau Scam memperdaya­kan mangsa.

Mangsa diarah menyamar

“Sebaik tiba di satu lokasi di Kemboja, mereka ditempatka­n di sebuah rumah yang dikawal rapi dan mereka kemudian diarahkan menghafal skrip, serta menyamar sebagai pegawai bank dan mahkamah.

“Mereka kemudian diarah membuat panggilan telefon kepada mangsa dan ia adalah sama dengan modus operandi sindiket Macau Scam yang sudah memperdaya­kan ramai mangsa di negeri ini,” katanya, dalam kenyataan.

Mustafa Kamal berkata, selain memperdaya­kan mangsa dengan menyamar sebagai pegawai Ketua JSJK Sarawak bank atau mahkamah, ada juga mangsa yang mengakui diarahkan untuk mempromosi­kan judi dalam talian melalui panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada nombor telefon yang disediakan.

Tawar gaji lumayan

Beliau berkata, siasatan awal terhadap beberapa mangsa mendapati mereka tertarik dengan gaji lumayan antara AS$1,200 (RM4,885) hingga AS$1,500 (RM6,107) dalam bidang perhotelan di Kemboja, yang ditawarkan menerusi laman sosial Facebook dan aplikasi Wechat.

“Mangsa yang tertarik dengan tawaran itu sanggup membayar yuran pemprosesa­n sebanyak AS$200 (RM814) hingga AS$300 (RM1,221) ke akaun bank dan kepada seorang rakyat tempatan Sarawak.

“Setakat ini, suspek warga tempatan yang disyaki terbabit dengan sindiket penipuan pekerjaan itu sudah dikenal pasti dan usaha mengesanny­a sedang giat dijalankan,” katanya yang menjelaska­n kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia