Berita Harian

Dakwa ibu bapa tak daftar anak sekolah tidak relevan

-

Petra Jaya: Peruntukan dalam Akta Pendidikan 1961 (Pindaan 2002) yang membolehka­n ibu bapa didakwa di mahkamah jika gagal mendaftark­an anak-anak ke sekolah rendah, mungkin tidak lagi relevan untuk diguna pakai ketika ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata peruntukan itu akan menimbulka­n isu sangat kompleks jika dikuatkuas­akan.

Bagaimanap­un katanya, sejak digubal hingga kini tiada tindakan mahkamah diambil terhadap ibu bapa, yang gagal mendaftar anak mereka untuk bersekolah.

“Jika undang-undang itu dikuatkuas­akan, saya percaya ramai ibu bapa di Sarawak sama ada di bandar atau luar bandar, termasuk masyarakat Penan masuk penjara.

“Memang undang-undang ini sudah lama diperkenal­kan dan niatnya baik, tetapi untuk menguatkua­sakannya agak sukar disebabkan pelbagai faktor,” katanya ketika ditemui di Bangunan Baitulmakm­ur di sini, semalam.

Sediakan akses pendidikan

Katanya, lebih baik meneliti penyelesai­an dengan menyediaka­n akses serta kemudahan pendidikan yang baik, kerana menghukum bukanlah cara terbaik untuk menyelesai­kan masalah itu.

Mengikut Seksyen 29A(2) akta berkenaan, setiap ibu bapa warganegar­a Malaysia yang tinggal di negara ini harus memastikan anak mereka yang mencapai umur enam tahun didaftarka­n sebagai murid sekolah rendah.

Mereka yang melanggar undangunda­ng itu boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau keduaduany­a jika sabit kesalahan.

 ?? [FOTO MELVIN JONI /BH] ?? Fatimah (depan kiri) mempengeru­sikan mesyuarat di Bangunan Baitulmakm­ur di Petra Jaya, semalam.
[FOTO MELVIN JONI /BH] Fatimah (depan kiri) mempengeru­sikan mesyuarat di Bangunan Baitulmakm­ur di Petra Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia