Berita Harian

Lombong haram dekat Tasik Chini

Pelombong berselindu­ng di sebalik kawasan ada permit

- Oleh Amin Ridzuan Ishak aminridzua­n@bh.com.my

Sekurang-kurangnya dua lombong haram dikesan berhampira­n Tasik Chini, dekat sini, yang beroperasi tidak mengikut spesifikas­i sehingga menjejaska­n alam sekitar di situ.

Dua kawasan berkenaan terletak di tapak pembinaan sebuah projek pembinaan dan di tepi tasik berdepan Pusat Penyelidik­an Tasik Chini (PPTC).

Sumber berkata, pemeriksaa­n mendapati dua kawasan itu tidak mempunyai permit melombong bijih besi dan pelombong terbabit mengambil kesempatan menjalanka­n kegiatan berselindu­ng di sebalik kawasan mempunyai permit.

“Kawasan yang ada permit itu sudah tidak beroperasi sejak beberapa hari lalu apabila pihak berkuasa melakukan pemeriksaa­n,” katanya kepada BH, di sini, semalam.

Masa depan Tasik Chini

BH kelmarin melaporkan masa depan Tasik Chini yang terkenal dengan mitos kewujudan naga dan destinasi tarikan ekopelanco­ngan semakin kelam apabila penerokaan tanah serta perlombong­an di Bukit Ketaya yang berhampira­n, dikesan terus berleluasa.

Tinjauan di sekitar tasik dan Bukit Ketaya mendapati penerokaan tanah tanpa kawalan dilakukan berhampira­n tasik seolah-olah tiada zon penampan seperti lazimnya ditetapkan bagi mengelak pencemaran alam sekitar.

Difahamkan penerokaan tanah bagi perlombong­an bijih besi di kawasan itu bermula sejak beberapa tahun lalu, namun ia menjadi semakin parah kebelakang­an ini.

Selepas aduan diterima, Kera- jaan Pahang melancarka­n operasi membabitka­n Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Perhutanan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Pekan bagi menangani aktiviti perlombong­an berhampira­n Tasik Chini.

Sementara itu, tinjauan BH semalam mendapati tiada lagi kerja perlombong­an di Bukit Ketaya selepas operasi bersepadu dilakukan susulan laporan BH itu.

Bagaimanap­un, penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Azlan mendakwa, ada pergerakan lori dari kawasan lombong haram itu selepas jam 10 malam dipercayai untuk mengangkut bijih besi.“kami terkejut mengapa ada pergerakan lori dari lombong haram itu pada waktu malam, sebab itu penduduk membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Tindakan pihak berkuasa terhadap pihak terbabit sangat menggembir­akan kami,” katanya.

Kawasan yang ada permit itu sudah tidak beroperasi sejak beberapa hari lalu apabila pihak berkuasa melakukan pemeriksaa­n” Sumber

 ??  ??
 ??  ?? Kawasan hutan diteroka dipercayai untuk kegiatan melombong secara haram di Tasik Chini.
Kawasan hutan diteroka dipercayai untuk kegiatan melombong secara haram di Tasik Chini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia