Berita Harian

Negara alami deflasi pertama sejak 2009

-

Ekonomi Malaysia terjerumus ke dalam deflasi bulan lalu, kali pertama sejak krisis kewangan pada 2009 berikutan penyusutan harga minyak.

Deflasi merujuk kepada keadaan di mana berlakunya penurunan harga barang dan perkhidmat­an secara umum. Keadaan deflasi yang berpanjang­an boleh menyebabka­n penguncupa­n ekonomi dan peningkata­n kadar penganggur­an.

Ahli Ekonomi Kanan United Overseas Bank (Malaysia) (UOB Malaysia), Julia Goh, berkata deflasi mungkin tidak kekal lama dan tidak akan menyebabka­n perubahan dalam dasar monetari.

“Ini mungkin hanya sementara dan sebaik saja kesan asas berkuranga­n, kita boleh jangkakan harga akan kembali meningkat,” katanya.

Indeks harga pengguna (IHP) susut 0.7 peratus berbanding setahun lalu selepas berlegar di bawah paras satu peratus dalam tempoh tujuh bulan lalu, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.

Tetap harga mingguan

Kerajaan baru-baru ini mengubah model subsidi minyak dengan menetapkan harga secara mingguan bagi mencermink­an pergerakan minyak mentah global dengan lebih cepat.

Ia sekali gus mendorong kepada penyusutan 7.8 peratus kos pengangkut­an pada Januari berbanding bulan sama tahun lalu, penurunan terbesar berbanding kategori lain.

Walaupun tekanan harga semakin reda, kerajaan masih bimbang kerana kesannya tidak dirasai rakyat.

Dalam pada itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kini sedang mengenal pasti bagaimana deflasi boleh menurunkan kos sara hidup.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalka­n kadar faedah pada 3.25 peratus sejak ia dinaikkan pada Januari 2018.

Kerajaan menjangkak­an aliran menaik untuk purata inflasi pada tahun ini.

Kali terakhir Malaysia mengalami deflasi adalah pada Jun hingga November 2009 dengan ekonomi menguncup 1.5 peratus pada tahun itu.

Dalam pada itu, kos makanan dan minuman alkohol meningkat satu peratus pada Januari berbanding bulan sama tahun lalu, didorong kenaikan 8.4 peratus harga telur dan 5.3 peratus harga ayam.

Keadaan itu menyebabka­n kerajaan memulakan siasatan pada Disember untuk mengenal pasti sebarang aktiviti kartel dalam kalangan industri.

Pada Januari, Kuala Lumpur adalah satu-satunya wilayah yang menyaksika­n peningkata­n IHP dengan inflasi pada 0.2 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia