Berita Harian

Rahimah kejar amal kebajikan

Wang bukan lagi tumpuan, kini mahu berbakti kepada masyarakat dan peminat

- Oleh Farihad Shalla Mahmud farihad@bh.com.my

Meniti kehidupan pada usia emas, tiada apa lagi yang ingin dikejar penyanyi tersohor ini. Selepas lebih lima dekad berada dalam belantara seni dan populariti­nya pula menjangkau hingga ke seluruh Nusantara, Rahimah Rahim sudah melalui segala-galanya. Pengalaman pahit dan manis melengkapk­an lagi portfolio kehidupann­ya.

Jika suatu ketika dahulu, masa mudanya dihabiskan dengan bekerja siang dan malam demi mencari rezeki, kini menurut Rahimah, fokusnya sudah beralih arah iaitu dengan melakukan kerja kebajikan.

Malah, masa senggangny­a juga diperuntuk­kan untuk melakukan aktiviti kemasyarak­atan dan juga menyumbang sesuatu untuk agama, bangsa dan nusa.

“Gaya hidup saya sekarang sudah banyak berubah. Saya banyak terbabit dalam aktiviti mencari dana dengan melakukan pelbagai kerja amal. Ada projek membabitka­n komuniti dan ada juga yang dianjurkan oleh kerajaan. Kebanyakan­nya adalah dalam bentuk persembaha­n.

“Kerja amal itu pula bukan sahaja dalam negara, tetapi juga di luar Singapura. Kiranya saya juga adalah duta kecil dalam menjalanka­n kerja kebajikan di luar negara.

“Selain itu, saya turut mengajar vokal untuk sekumpulan wanita sebaya. Bukanlah untuk menjadikan mereka penyanyi, tetapi ia adalah sebahagian daripada aktiviti komuniti yang turut mendapat sokongan,” katanya kepada B*POP.

Seimbang dunia, akhirat

Walaupun masih aktif di bidang seni suara, menurut penyanyi lagu

Masihkah Ada Cinta dan Hati Yang Rapuh ini, ia bukanlah disebabkan wang semata-mata.

“Bukanlah nak kata saya mewah, tetapi cukuplah untuk hidup dengan selesa. Pada usia sebegini, wang bukanlah segala-galanya walaupun ia memang diperlukan. Rasanya, inilah masa paling tepat untuk berbakti kepada masyarakat yang banyak menyokong dan meletakkan saya pada kedudukan hari ini.

“Perlu untuk saya seimbangka­n antara duniawi dan ukhrawi.

Tidak mahu lagi terkejarke­jar seperti zaman muda dahulu. Ketika itu, semua perkara saya nak teroka.

“Saya mahu menikmati kehidupan ini dengan lebih tenang bersama keluarga tersayang,” ujar Rahimah ketika ditemui pada majlis sidang media konsert solonya, My Life, My Art, baru-baru ini.

Dedah petua kesihatan diri

Melihat riak wajah yang ceria dan senyuman yang tak henti-henti terukir di bibir, pastinya ketenangan dan kebahagiaa­n yang diharapkan Rahimah sudah pun ditemui.

“Saya juga bersyukur kerana dikurniaka­n kesihatan yang baik. Pada masa lapang, saya suka ‘jogging’. Saya berusaha untuk terus kekal menjalani kehidupan yang sihat.

“Anak-anak juga sudah mempunyai kehidupan

sendiri. Anak perempuan saya sudah habis belajar dan kini bekerja. Jadi, tiada apa yang nak ditanggung lagi,” cerita sepupu kepada pelakon dan pengacara terkenal, Fauziah Ahmad Daud ini sambil tertawa.

Betah hidup sendiri

Dikenali sebagai wanita yang berjiwa kental, selain sifatnya yang suka berjenaka, Rahimah berkata dia juga sudah betah hidup seorang diri dan turut melatih anaknya supaya tidak terlalu bergantung dengan orang lain, walaupun suami sendiri.

“Kita kena sentiasa siap siaga untuk belajar hidup sendiri. Ada setengah orang takut untuk hidup berseorang­an. Kenapa kita kena takut? Bukankah nanti bila meninggal dunia, kita juga akan keseoranga­n? Bukanlah saya hendak menggalakk­an supaya tidak bercampur dengan masyarakat, tetapi sesekali kenalah berdikari.

“Contohnya kalau pergi melancong, saya lebih suka mengembara seorang diri. Rasa lebih selesa dan bebas untuk membuat sebarang keputusan. Banyak juga tempat yang saya kunjungi seorang diri,” dedah anak kepada pasangan penyanyi dan pelakon, Rahim Hamid dan Mariam Baharum ini.

Bukanlah nak kata saya mewah, tetapi cukuplah untuk hidup dengan selesa. Pada usia sebegini, wang bukanlah segala-galanya walaupun ia memang diperlukan

 ??  ??
 ??  ?? Dari kanan;
Rahimah, Khai Bahar, Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail dan Yang Dipertua Persatuan Pandu
Puteri Perlis, Datuk Tengku Shireen Tengku Suleiman pada sidang media Konsert Eksklusif Rahimah Rahim di Restoran Rebung.
Dari kanan; Rahimah, Khai Bahar, Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail dan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Perlis, Datuk Tengku Shireen Tengku Suleiman pada sidang media Konsert Eksklusif Rahimah Rahim di Restoran Rebung.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia