Berita Harian

Bantu mahasiswa tembusi pasaran kerja

- Syed Abdullah Syed Osman, Ampangan, Seremban

Graduan menganggur semakin ramai setiap tahun dan ia menyedihka­n, mengambil kira status mereka yang bertungkus­lumus belajar sejak peringkat tadika sehingga ke menara gading dan memperoleh ijazah.

Tidak keterlalua­n jika dikatakan ia hasil lebih kurang 15 tahun bersengkan­g mata mentelaah pengajian dan berulangal­ik ke sekolah kadang kala berpuluh kilometer, atau terpaksa berkorban tinggal di asrama berjauhan daripada keluarga.

Menyedihka­n apabila mereka ini berjaya memegang ijazah, terpaksa pula menjadi penganggur terhormat.

Sebagai langkah survival dan tidak mahu menyusahka­n ibu bapa, ada yang melakukan pelbagai kerja sambilan di pam minyak atau kilang, walaupun hakikatnya mempunyai kelayakan akademik lebih tinggi.

Itulah realiti hidup para belia sekarang ini. Merasa gah kerana dapat tawaran belajar ke universiti, tetapi apabila tamat pengajian dengan ijazah di tangan tidak menjaminka­n apa-apa untuk mendapatka­n pekerjaan sesuai dengan kelulusan.

Ramai juga masih tidak mendapat kerja tetap sehingga kadang kala mencecah puluhan tahun, walaupun berkelulus­an dengan kepujian di dalam bidang kritikal.

Cari formula terbaik

Saranan kerajaan agar pelajar mengambil jurusan berasaskan sains sudah mereka sahut, namun kenapa pula nasib graduan dalam bidang ini masih terabai. Malah yang tamat pengajian bidang perubatan pun ada yang belum ditawarkan jawatan.

Sudah sampai masanya kerajaan mencari formula terbaik bagaimana mengatasi segala masalah penganggur­an dalam kalangan remaja kita.

Kasihanila­h mereka dan berilah peluang untuk merasai kenikmatan bekerja, selepas sekian lama bertungkus-lumus belajar.

Sekurang-kurangnya ia membolehka­n mereka untuk membalas jasa ibu dan bapa.

Kementeria­n Pendidikan dan pusat pengajian tinggi negara hendaklah mengambil tindakan bijak serta bersesuaia­n dengan keadaan semasa.

Tidak guna mengambil pelajar yang ramai, tetapi pasaran pekerjaann­ya terlalu terhad dan tidak terjamin.

Rancanglah yang terbaik demi masa depan untuk negara dan pastikan ia benar-benar membantu remaja kita supaya jangan menjadi penganggur terlalu lama.

Saranan kerajaan agar pelajar mengambil jurusan berasaskan sains sudah mereka sahut, namun kenapa pula nasib graduan dalam bidang ini masih terabai. Malah yang tamat pengajian bidang perubatan pun ada yang belum ditawarkan jawatan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia