Tarik jenama terkenal
Mula bermain tenis sejak usia tiga tahun, Naomi tidak mempunyai banyak masa untuk bersosial seperti remaja lain, tambahan pula waktu senggangnya banyak dihabiskan dengan bermain permainan video.
Namun selepas memenangi Terbuka Amerika Syarikat, dalam satu rancangan temu bual bersama Ellen Degeneres, Naomi mendedahkan nama selebriti Hollywood yang menjadi pujaannya - Michael B Jordan.
Jordan melakonkan watak Erik Killmonger dalam filem Black Panther dan Degeneres pantas menghubungi Jika dunia bola sepak memiliki Cristiano Ronaldo, namun arena tenis pula memiliki Naomi Osaka.
Sama seperti bintang bola sepak terkenal dunia itu, Osaka turut memiliki kemampuan untuk menarik penaja yang bersedia menawarkan jutaan ringgit untuk menaja bintang tenis itu.
Beberapa penaja itu bukanlah penaja ‘cap ayam’ sebaliknya adalah jenama besar dunia dan bernilai jutaan ringgit.
Antara penaja Naomi adalah All Nippon Airways, Shiseido, Nissin Group, Adidas, Citizen, Yonex dan Wowow.
Malah, Adidas dilaporkan memberi tajaan tertinggi dalam sejarah tenis wanita apabila menawarkan AS$8.5 juta (RM34.6 juta) untuk kontrak baharu kepada Naomi.
Jenama kereta terkemuka dunia, Nissan turut tidak ketinggalan menjadikan Osaka sebagai duta terbaru mereka.
“Dengan kombinasi keberanian dan elegan, Naomi Osaka tidak gentar untuk berhadapan dengan pemain tenis terbaik dunia dan memenanginya,” kata Timbalan Presiden Kanan Nissan, Asako Hoshino.
Naomi turut menarik perhatian peminat fesyen apabila dia sering menggayakan trend terkini ketika memuat naik gambar-gambarnya di Instagram (naomiosakatennis). Kebanyakan statusnya ringkas dan tidak banyak mendedahkan perihal peribadi berkaitan perasaan atau hubungannya. Meskipun sudah bergelar ikon namun Naomi juga tidak kisah sekiranya menggayakan pakaian yang sama dan turut mengemaskininya dalam laman sosial Instagramnya.