Berita Harian

FELDA majukan tanah kurang produktif

40,000 hektar dibangunka­n sebagai kawasan pertanian teknologi tinggi

- Oleh Suffian A Bakar

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) bercadang memanfaatk­an sekitar 40,000 hektar tanah kurang produktif miliknya di seluruh negara untuk dibangunka­n menjadi kawasan perladanga­n komersial yang lebih berintensi­fkan teknologi tinggi.

Tanah milik FELDA itu tidak ditawarkan kepada peneroka untuk dimajukan disebabkan beberapa faktor, antaranya ketidakses­uaian topografi seperti kedudukann­ya yang curam di lereng bukit dan terletak di kawasan kurang turunnya hujan, menyebabka­n tuaian tanaman konvension­al tidak memberangs­angkan.

Pengarah Besarnya, Datuk Dr Othman Omar, berkata antara cadangan pembanguna­n di tanah itu ialah ladang solar, penanaman durian dan pisang khusus untuk dieksport, pembiakan sarang burung dan pertanian ketepatan atau ‘precision agricultur­e’.

Beliau berkata, FELDA didekati beberapa syarikat dari dalam dan luar negara yang berminat membangunk­an kawasan itu.

“Setakat ini kami menerima dua cadangan bagi ladang solar, tiga bagi penanaman durian dan tiga bagi fertigasi pintar.

“Kami terbuka kepada seberapa banyak cadangan yang mungkin,” katanya sambil menambah pihaknya menjangkak­an sekurang-kurang satu urus janji akan dimuktamad­kan tahun ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui BH barubaru ini.

Dr Othman menjelaska­n, selain aspek komersial, keutamaan diberikan kepada pertanian ketepatan kerana ia menjadikan amalan pertanian lebih tepat dan terkawal dengan penggunaan teknologi tinggi.

Beliau berkata, model pembanguna­n di kawasan itu akan berdasarka­n kepada sewaan kawasan dan perkongsia­n keuntungan.

Pelbagaika­n pendapatan

Kadar penggunaan teknologi yang semakin meningkat dalam bidang pertanian tidaklah mengejutka­n, kerana pertanian adalah berintensi­fkan tanah dan buruh, dengan dorongan untuk menggunaka­n teknologi bagi meningkatk­an kecekapan dan menguruska­n kos.

Sementara itu, semakan BH dengan beberapa sumber yang hampir dengan FELDA mendapati antara faktor yang menjurus kepada penerokaan dalam perladanga­n komersial serta berteknolo­gi tinggi itu ialah bertujuan mempelbaga­ikan lagi pendapatan FELDA yang mana ia ketika ini berhadapan masalah kemasukan aliran tunai.

BH difahamkan bahawa pra penyenarai­an FGV Holdings Bhd (FGV), FELDA menikmati purata pendapatan bersih ladang berjumlah RM1.4 bilion setahun berbanding RM70 juta pasca penyenarai­an FGV.

Sumber berkata, selepas aliran masuk seperti purata keuntungan daripada ladang; dividen pelaburan; kutipan hutang; dan pendapatan lain ditolak aliran keluar yang merangkumi antaranya kos pengurusan; pinjaman kepada peneroka; dan perbelanja­an peneroka, FELDA masih menikmati aliran masuk tunai RM620 juta setahun pra penyenarai­an FGV, berbanding kerugian RM515 juta ketika ini.

Defisit itu, katanya disebabkan komitmen dan perbelanja­an FELDA masih pada tahap sama, walaupun pendapatan yang berkuranga­n, menyebabka­n defisit aliran tunai sehingga ini.

“Model perniagaan FELDA yang mapan sudah tiada sejak 360,000 hektar ladangnya dipajakkan kepada FGV,” kata satu daripada sumber itu sambil menambah harga komoditi itu yang rendah ketika ini menyukarka­n lagi keadaan.

Sumber lain pula berkata, FELDA menanggung kerugian RM10.20 bilion, manakala Kumpulan FELDA menanggung kerugian RM9.74 bilion sejak 2013.

“Tunai di tangan FELDA kini sifar, mungkin negatif, berbanding tunai RM9 bilion sewaktu Tan Sri Dr Yusof Noor menjadi Pengerusi FELDA suatu ketika dulu,” katanya.

Setakat ini kami menerima dua cadangan bagi ladang solar, tiga bagi penanaman durian dan tiga bagi fertigasi pintar” Othman Omar, Pengarah Besar FELDA

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia