Berita Harian

65 PERATUS BANGUNAN KERAJAAN TIADA SIJIL PERAKUAN BOMBA

Kakitangan awam, pengunjung bangunan terdedah risiko

- Oleh Mohd Hilmie Hussin

Kira-kira 65 peratus atau 423 daripada 649 bangunan premis milik kerajaan di seluruh negara, belum mempunyai Sijil Perakuan Bomba (Fire Certificat­e-fc), kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Beliau berkata, keadaan itu memberi risiko besar bukan saja kepada rakyat yang mengunjung­i premis kerajaan berkenaan, malah kakitangan awam yang bertugas di situ.

Susulan itu, katanya, setiap premis milik kerajaan itu perlu segera mendapatka­n FC ini.

“Kita bukan mahu susahkan kementeria­n lain, tetapi jangan tunggu sehingga berlaku insiden, barulah kita sedar perkara ini. Tengok apa yang berlaku di Hospital Sultanah Aminah (Johor Bahru), orang akan persoalkan kenapa tidak buat (tak ada FC)?

Lebih agresif

“Tahun ini, kita akan lebih agresif mahu memastikan semua premis bangunan milik kerajaan, mempunyai FC,” katanya selepas Majlis Penganuger­ahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2018 JBPM Melaka, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah JBPM negeri, Zin Salleh.

Seramai 36 pegawai negeri menerima Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang 2018 dan 12 pegawai lagi menerima Pingat Kebesaran jabatan 2019 pada majlis itu.

Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata, hanya 226 premis kerajaan sahaja yang memiliki FC, manakala 283 premis dalam proses memohon dan 140 lagi belum memohon serta tidak pernah diperiksa.

Beliau berkata, pada tahun ini, pihaknya akan fokus kepada premis kerajaan seperti hospital, dormitari dan tempat perhimpuna­n terlebih dulu daripada sembilan kumpulan sasaran.

Katanya, selepas tiga kumpulan sasaran itu selesai mendapat FC, pihaknya akan memfokus bangunan pejabat, perpustaka­an awam dan gudang.

“Kita mahu setiap bangunan kerajaan memiliki FC kerana keselamata­n paling diutamakan tanpa membezakan sektor kerajaan dan swasta,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia