Berita Harian

LIMA’19 paling hebat

Kombinasi pertahanan, pengangkut­an jadikan pameran luar biasa

- Oleh Faris Fuad

Pameran Antarabang­sa Maritim dan Aeroangkas­a Langkawi 2019 (LIMA’19) di Langkawi bermula 26 hingga 30 Mac ini dianggap sebagai paling hebat kerana tempahan bagi ruang pameran yang diterima lebih daripada jangkaan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, berkata tempahan ruang pameran LIMA’19 lebih daripada jangkaan iaitu 109 peratus penyertaan syarikat tempatan dan antarabang­sa.

“Kalau (pameran LIMA) sebelum ini kita fokuskan unsur keselamata­n dan pertahanan, kali ini kita selitkan juga sektor perniagaan awam dan teknologi serta akan menampilka­n persembaha­n aerobatik dari Russia dan Indonesia.

“Malah, LIMA tahun ini membabitka­n sektor pertahanan (60 peratus) dan pengangkut­an (40 peratus). Kombinasi itu menyebabka­n pameran kali ini luar biasa, bukan sahaja lihat kepada unsur pertahanan malah memberi manfaat kepada masyarakat secara umum,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang serta Pingat Perkhidmat­an dan Pekerti Terbilang 2019 Kementeria­n Pertahanan, di Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM), di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Kementeria­n Pertahanan, Datuk Halimi Abd Manaf dan Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

LIMA’19 dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pencetus kepada penganjura­n pertama pameran berprestij itu pada 1991, sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri keempat ketika itu.

Disertai 350 pempamer

Pameran LIMA’19 kali ini disertai 350 syarikat pempamer tempatan dan antarabang­sa dari 20 negara, diadakan di dua lokasi iaitu Dewan Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) dan Resort World Langkawi (RWL).

Pameran persidanga­n antarabang­sa, seminar, pameran statik dan pertunjuka­n udara akan diadakan di MIEC manakala pameran kapal perang, pameran statik maritim dan demonstras­i maritim di RWL.

Sementara itu, Mohamad berkata, pihaknya mendapati tiada keperluan membuat laporan polis berhubung kes kerugian lebih RM500 juta bagi urus niaga penswastaa­n memajukan tanah kementeria­n itu.

Serah SPRM buat siasatan

Sebaliknya, kementeria­n menyerahka­n sepenuhnya perkara itu kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan secara menyeluruh.

Pada 21 Februari lalu, Kementeria­n Pertahanan membuat laporan dan menyerahka­n hasil siasatan urus niaga dua daripada 16 projek pertukaran tanah miliknya yang menyebabka­n kerugian besar kepada kerajaan serta mengancam kepentinga­n strategik pertahanan negara.

Laporan itu dibuat Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Menteri Pertahanan, Mohd Nasaie Ismail di ibu pejabat SPRM Putrajaya, susulan hasil siasatan Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Kewangan dan Perolehan, yang diketuai Tan Sri Ambrin Buang, terhadap 16 isu ‘land swap’ membabitka­n tanah milik Kementeria­n Pertahanan.

Mohd Nasaie yang membuat laporan itu berkata, kedua-dua projek dijalankan pihak swasta hasil pertukaran tanah tapak Kem Kinrara di Selangor dan Kem Rasah di Negeri Sembilan.

Pada 19 Februari lalu, Mohamad dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah menerima laporan akhir siasatan Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerus­ikan Tan Sri Ambrin Buang ke atas beberapa projek kementeria­n termasuk ‘land swap’.

Laporan siasatan itu juga dibentangk­an dan diterima dalam Mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 13 Februari.

 ?? [FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] ?? Mohamad Sabu pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang serta Pingat Perkhidmat­an dan Pekerti Terbilang 2019 Kementeria­n Pertahanan di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO SAIFULLIZA­N TAMADI/BH] Mohamad Sabu pada Majlis Penyampaia­n Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang serta Pingat Perkhidmat­an dan Pekerti Terbilang 2019 Kementeria­n Pertahanan di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia