Berita Harian

Waspada gelombang haba di 10 lokasi

Kawasan alami suhu hingga 37 Celcius, orang ramai diminta elak strok haba

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail dan Noor Atiqah Sulaiman

Suhu maksimum harian di antara 35 hingga 37 Celcius akan dialami 10 kawasan di Semenanjun­g selama tiga hari berturut-turut bermula semalam yang dikategori­kan pada Tahap Satu, iaitu dalam fasa berjagajag­a.

Kemas kini status gelombang haba yang dimuat naik di laman web rasmi Jabatan Meteorolog­i Malaysia (Metmalaysi­a) pada jam 11 pagi semalam menyatakan antara kawasan yang disenaraik­an adalah di Chuping (Perlis), Kubang Pasu, Kota Setar, Sik (Kedah), Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak).

Kawasan lain yang turut disenarai ialah di Maran (Pahang), Kepong (Kuala Lumpur) dan Muar (Johor).

Bagi kawasan yang tidak berada pada Tahap Satu, suhu harian maksimum bagi kawasan berkenaan di bawah 35 Celcius.

Tanda strok haba

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, meminta rakyat berwaspada terhadap tanda awal strok haba berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.

Beliau berkata, strok haba berlaku apabila paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 Celcius, berbanding suhu normal badan ma-

10 kawasan berjaga-jaga Chuping (Perlis), Kubang

Pasu, Kota Setar, Sik (Kedah), Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta (Perak).

Kawasan lain adalah Maran (Pahang), Kepong (Kuala Lumpur) dan Muar (Johor).

nusia kira-kira 37 Celcius.

“Antara tanda awal terkena strok haba ialah sakit kepala berdenyut, mual, kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas dan denyutan nadi yang pantas.

“Tanda lain ialah otot lemah dan kejang, muntah, kulit kering dan kemerahan, sawan serta pitam.

Undang komplikasi

“Suhu tinggi juga mengundang komplikasi kepada sistem saraf otak yang boleh menyebabka­n seseorang itu sawan, koma dan boleh membawa kematian,” katanya.

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Metmalaysi­a memaklumka­n sepanjang Februari hingga Mac, kebanyakan tempat di Semenanjun­g dijangka menerima cuaca yang agak kering dengan jumlah taburan hujan yang kurang daripada 150 milimeter (mm).

Bagi Perlis, selatan Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dijangka menerima jumlah hujan bulanan yang berkuranga­n sedikit, berbanding purata hujan jangka panjang.

“Di Sarawak iaitu di Kuching dan Samarahan dijangka menerima hujan sedikit melebihi paras purata di antara 600 hingga 700mm.

“Bahagian lain di Sarawak dijangka menerima curahan hujan pada paras purata antara 200 hingga 350mm kecuali di Miri iaitu menerima hujan kurang daripada 200mm

“Bagi Sabah, kebanyakan bahagian dijangka menerima hujan kurang sedikit, berbanding paras purata. Bahagian Kudat dianggarka­n menerima jumlah sekitar 100 hingga 150mm,” katanya.

Sandakan Sandakan pula dijangka menerima hujan antara 150 hingga 200mm; Tawau, Pedalaman, Pantai Barat, serta Labuan pula dianggarka­n menerima hujan kurang daripada 100mm.

 ??  ?? Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia