Berita Harian

KUKUHKAN PERPADUAN

Pesta Angpau mampu satukan pelajar berbilang kaum

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak meor.ahmad@bh.com.my

Semangat perpaduan jitu dibentuk oleh rakyat yang berbilang kaum adalah asas kepada pengukuhan Malaysia sebagai sebuah negara aman dan harmoni.

Sehubungan itu, generasi muda perlu disemai dengan kepentinga­n perpaduan dan perdamaian melalui program yang membabitka­n pelbagai kaum kerana mereka adalah tonggak utama kejayaan serta pembanguna­n negara. Sebagai contoh, penganjura­n Pesta Angpau di sekolah mampu menjadi landasan untuk melahirkan perpaduan yang harmoni dalam kalangan pelajar, selain dapat menghayati keunikan kebudayaan masyarakat Tionghua.

Ketua Komunikasi Korporat Kementeria­n Pendidikan (KPM), Dr G Manimaran, berkata moto KPM yang ingin menerapkan budaya bahagia, kasih sayang serta hormat-menghormat­i di sekolah mampu mewujudkan persekitar­an pengajaran dan pemudahcar­aan (Pdpc) yang menyeronok­kan, khususnya membabitka­n pelajar pelbagai kaum serta agama.

Beliau berkata, menerusi program yang diadakan, pihaknya melihat bagaimana mereka boleh bekerjasam­a dalam menghormat­i antara satu sama lain bagi mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat.

“Penganjura­n Pesta Angpau di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Long, di sini, baru-baru ini, bertepatan dengan moto sekolah, iaitu Murid Hebat, Guru Hebat dan Sekolah Hebat yang melambangk­an suasana harmoni serta sejahtera dalam kalangan pelajar, guru mahupun ibu bapa.

“Saya melihat program berkenaan bukan sahaja mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah ini, tetapi pelajar dari beberapa sekolah sekitar kawasan ini yang turut menyertai acara tahunan itu,” katanya kepada BH Minda, baru-baru ini.

Sekolah kembar

Pelbagai aktiviti dianjurkan bagi menyemarak­kan acara berkenaan seperti persembaha­n tarian singa, wusyu, fesyen antarabang­sa, pertanding­an pakaian tradisiona­l Malaysia, permainan tradisiona­l masyarakat India dan lukisan kolam.

Gerai jualan yang dikendalik­an pelajar dapat mendedahka­n mereka dengan aktiviti keusahawan­an turut memeriahka­n program berkenaan.

Mengulas lanjut, Dr Manimaran berkata, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik memberi penekanan mengenai program sekolah kembar bagi memupuk perpaduan antara sekolah.

Sebagai contoh, katanya, pelajar sekolah kebangsaan melawat pelajar sekolah jenis kebangsaan mahupun pelajar sekolah agama rakyat (SRA) yang lain sebagai program lawatan kasih sayang.

“Apabila tiba musim perayaan, pelajar yang meraikan sesuatu perayaan itu akan menerima kunjungan daripada pelajar sekolah berlainan justeru secara tidak langsung akan membawa kepada elemen memperkuku­hkan semangat perpaduan,” katanya.

Encik Manimaran berharap KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat membantu sekolah untuk mengadakan program seperti itu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Dr G Manimaran
Dr G Manimaran
 ??  ?? Tarian muhibbah oleh pelajar pelbagai kaum pada perasmian Sambutan Pesta Angpau di SMK Bandar Baru Sungai Long, baru-baru ini.
Tarian muhibbah oleh pelajar pelbagai kaum pada perasmian Sambutan Pesta Angpau di SMK Bandar Baru Sungai Long, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia