Berita Harian

Cabar keberanian diri

Akmal Hafiz bercita-cita menawan puncak Gunung Everest

- Oleh Meor Ahmad Nasriin Rizal Ishak

l

Aktiviti mendaki bukit atau gunung memerlukan disiplin, stamina yang mantap, semangat yang kental dan berani berdepan dengan pelbagai risiko.

Selain mendapat pengalaman dan pengetahua­n, mendaki gunung juga adalah motivasi terbaik dalam proses pembelajar­an supaya pelajar dapat mengharung­i sebarang rintangan yang dihadapi.

Demikian yang disimpulka­n Personalit­i BH Minda minggu ini, yang mula menceburi aktiviti berkenaan sejak dua tahun lalu.

Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai pembabitan­nya, ikuti temu bual wartawan BH Minda bersama dengan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Bestari, Akmal Hafiz Zulkanain, 15. guru membuat tawaran kepada semua pelajar yang berminat untuk menyertai aktiviti itu. Selepas mendapat keizinan ibu bapa, saya membuat keputusan untuk menyahut cabaran mendaki gunung berkenaan. bhminda@bh.com.my Saya meminati aktiviti ini kerana dapat memberikan perasaan teruja, selain dapat menikmati keindahan ciptaan tuhan dan memperoleh pengalaman yang seronok. Mendaki memberikan saya peluang untuk fokus kepada diri saya. Ketika di puncak, rasa puas tidak dapat digambarka­n dengan katakata, selain penat mendaki terasa hilang selepas melihat pemandanga­n. Saya mungkin tidak dapat pengalaman seperti ini dengan melakukan aktiviti sukan lain. Rakan adalah pendorong utama kerana saya dapat meluangkan masa ber- sama dengan mereka. Mendaki juga memerlukan sifat membantu kerana tidak semua pendaki mempunyai stamina yang tinggi. Jika tiada bantuan daripada rakan, berkemungk­inan Saya ingin menjadi pendaki gunung yang aktif sehingga dewasa kelak. Saya juga berhasrat untuk mendaki Gunung Everest, gunung tertinggi di dunia pada suatu hari nanti.

 ??  ?? Akmal Hafiz bergambar kenangan selepas tiba di puncak Gunung Berembun, Negeri Sembilan yang mempunyai ketinggian 1,038 meter.
Akmal Hafiz bergambar kenangan selepas tiba di puncak Gunung Berembun, Negeri Sembilan yang mempunyai ketinggian 1,038 meter.
 ??  ?? Mendaki memerlukan semangat kental dan stamina yang tinggi, selain mempunyai risiko yang bakal dihadapi.
Mendaki memerlukan semangat kental dan stamina yang tinggi, selain mempunyai risiko yang bakal dihadapi.
 ??  ?? Pemandanga­n indah mendorong Akmal menyertai aktiviti mendaki.
Pemandanga­n indah mendorong Akmal menyertai aktiviti mendaki.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia