Berita Harian

Tealive rancang kukuh kedudukan di China

-

Jenama teh bubble Malaysia, Tealive, memperluas­kan kedudukann­ya di China pada tahun ini dengan menubuhkan 10 kedai korporat di pasaran pengguna teh terbesar dunia itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Loob Holding Sdn Bhd, Bryan Loo, berkata langkah itu membolehka­n Tealive mendapat kedudukan yang kukuh di China melalui francais dan menyasarka­n untuk membuka sebanyak 500 kedai dalam tempoh tiga tahun.

Pada Jun 2018, Loob Holding mengumumka­n pelannya untuk meneroka China apabila ia memeterai perjanjian usaha sama secara rasmi dengan rakan di China, iaitu Zhejiang Boduo Internatio­nal Trade Co Ltd dan Shanghai Panfei Internatio­nal Trade Co Ltd.

“Di negara ini, pelaburann­ya tinggi, kami mahu menjadikan­nya sebagai aset ringan, seperti Mcdonalds dan KFC, apabila memfrancai­skan kebanyakan kedai kami di China.

“Oleh itu, sebelum kami memfrancai­skan cawangan, kami akan menubuhkan kedai korporat untuk menguji dan membuktika­n model itu berjaya, hanya selepas itu kami akan meninjau (potensi) usahawan tempatan (pemegang francais) di China,” katanya kepada wartawan Malaysia selepas pelancaran rasmi kedai pertamanya di Shanghai oleh Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Sediakan produk makanan

Kedai itu, yang dibuka pada November 2018, mendapat sambutan luar biasa dengan permintaan yang menggalakk­an terhadap produk berasaskan teh dengan perisa durian diikuti perisa lain seperti cempedak, gula melaka, halia Bentong dan teh Sabah.

Loo berkata, Tealive akan turut menyediaka­n produk makanan untuk menyokong pengembang­annya dengan membawa masuk antaranya, roti ‘Seremban Lucky King’ yang terkenal.

Produk itu akan diperkenal­kan di kedainya di Hangzhou, cawangan kedua, yang akan dibuka dalam tempoh dua bulan.

10 KEDAI korporat Tealive ditubuhkan di China tahun ini 500 KEDAI sasaran dalam tempoh tiga tahun

 ??  ?? Saifuddin Nasution bersama Loo (tiga dari kiri) pada pelancaran rasmi Tealive pertama di Shanghai, China baru-baru ini.
Saifuddin Nasution bersama Loo (tiga dari kiri) pada pelancaran rasmi Tealive pertama di Shanghai, China baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia