Berita Harian

MINYAK MENTAH

-

Harga minyak merosot semalam, diseret bekalan berlebihan ketika eksport Amerika Syarikat (AS) melonjak dan bersaing dengan pengeluar tradisiona­l dari Asia Barat di pasaran utama seperti Asia.

Namun, pasaran masih disokong oleh keyakinan bahawa Washington dan Beijing akan menyelesai­kan beberapa siri pertikaian perdaganga­n yang telah menimbulka­n ketidakten­tuan pertumbuha­n ekonomi global, kata penganalis­is.

Penanda aras antarabang­sa bagi harga minyak berada pada AS$66.94 satu tong pada 0747 GMT, susut 18 sen, atau 0.3 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Ia berakhir dengan sedikit perubahan pada Jumaat selepas mencecah paras tertinggin­ya sejak 16 November pada AS$67.73 satu tong.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermedia­te (WTI) AS berada pada AS$57.15 satu tong, susut 11 sen, atau 0.2 peratus, daripada penutup sebelumnya.

Niaga hadapan WTI menokok 0.5 peratus pada Jumaat, mencecah paras tertinggin­ya sejak 16 November pada AS$57.81 satu tong.

Peniaga berkata, penurunan harga adalah berikutan hasil bekalan minyak yang banyak dalam kalangan lonjakan eksport dari AS, memaksa pengeluar lain terutama Asia Barat untuk mula menawarkan minyak mentah mereka pada harga diskaun.

Pengeluara­n minyak mentah AS mencecah rekod 12 juta tong sehari (bpd), peningkata­n lebih dua juta bpd sejak awal 2018.

Eksport mencecah rekod 3.6 juta bpd bulan ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia