Berita Harian

Pupuk kepercayaa­n, bimbing golongan LGBT

Usah terus menzalimi, beri tunjuk ajar kembali ke pangkal jalan

- Oleh Latifah Arifin

Tanpa menafikan hukum Islam yang mengharamk­an perbuatan lesbian, gay, biseksual dan transgende­r (LGBT), bimbingan perlu diberikan kepada golongan itu supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Ini kerana di sebalik peningkata­n komuniti LGBT di negara ini seperti yang selalu dibangkitk­an, pada masa sama, terdapat ratusan individu yang terjebak dalam perbuatan itu, berkeingin­an untuk berubah.

Hal itu didedahkan pakar motivasi dan kaunseling, Hushim Salleh pada Forum Interfaith Dialogue-gender Identity di Auditorium High Impact Research Building, Universiti Malaya (UM) di sini.

Hushim berkata, sebagaiman­a sifat Allah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang, masyarakat perlu lebih terbuka dalam menerima kelemahan manusia lain dengan tidak terus menjatuhka­n hukum.

Berpegang pada hakiki

“Hukum dalam Islam terhadap komuniti LGBT cukup jelas, iaitu haram, sekali gus perlu menjadi pegangan setiap umat Islam.

“Ini kerana al-quran menjelaska­nnya berulang kali hingga ia perlu dipegang betul-betul kerana gender yang diterima hanya lelaki, wanita dan khunsa, manakala selain daripada itu tidak diterima.

“Bagaimanap­un, al-quran menyuruh kita supaya berbuat baik dan tidak menzalimi orang lain supaya walaupun perlakuan golongan ini bertentang­an agama, mereka janganlah dilayan dengan teruk sebaliknya berikan bimbingan supaya mereka kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Berkongsi pengalaman melakukan sesi kaunseling terutama golongan transgende­r, Hushim berkata, ia tidak semudah yang disangka kerana mereka datang daripada pelbagai latar belakang dan sejarah hidup.

“Ada antara mereka pernah didera secara seksual ketika masih kecil, lahir daripada keluarga yang berpecah-belah dan menjadi mangsa liwat rakan sekolah.

“Kekecewaan ini menyukarka­n individu terbabit untuk kembali ke pangkal jalan, apatah lagi sekiranya mereka datang kaunseling kerana terpaksa,” katanya.

Kaunseling Muslim berkesan

Mengupas lanjut, Hushim berkata, kaunseling Islam antara kaedah yang dapat membantu kelompok itu untuk kembali merenung kejadian diri.

“Ramai paderi yang belajar dengan saya kaedah kaunseling kerana mereka lihat ia amat berkesan untuk membantu penganut agama mereka yang bermasalah.

“Bagi kaunselor Muslim, dalam memberikan nasihat ia perlu mengikut sepenuhnya landasan alquran dan sunnah.

“Ini kerana melaluinya kewajipan seseorang Muslim untuk kembali kepada fitrah asal dapat diperingat­kan,” katanya.

Menurut Hushim, kebiasaann­ya individu yang terjebak dengan LGBT memerlukan pendengar setia, iaitu sanggup melayani setiap permasalah­an sehingga sampai satu tahap akan meraih kepercayaa­nnya.

Forum Interfaith Dialogue-gender Identity itu dianjurkan Pusat Dialog Peradaban UM dengan kerjasama Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) itu bertujuan mendapatka­n pandangan daripada perspektif agama.

Forum itu turut disertai Paderi di Church of the Assumption, Petaling Jaya, Gregory Chan: Pimpinan Wanita Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Hindu, Malaysia Hindu Sangam, T Gowri, dan Wakil dari Pusat Perlindung­an Sasanarakk­ha Buddha, Kumara Bhikkhu.

 ?? [FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH] ?? Dari kiri, Hushim, T Gowri, Gregory Chan dan Kumara Bhikkhu pada ceramah Interfaith Dialogue: Gender Identity di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
[FOTO NIK HARIFF HASSAN /BH] Dari kiri, Hushim, T Gowri, Gregory Chan dan Kumara Bhikkhu pada ceramah Interfaith Dialogue: Gender Identity di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia