Berita Harian

Kuat kuasa dasar, prosedur keselamata­n maklumat

-

Isu kebocoran data bukan baharu kerana sebelum ini negara disajikan penularan laporan bahawa data peribadi 46.2 juta pelanggan telefon mudah alih dibocorkan.

Baru-baru ini pula, gempar kes kebocoran data dalam talian membabitka­n 1.165 juta mahasiswa di sebuah institusi pengajian tinggi awam.

Entah di mana silapnya, perkara ini menjejaska­n integriti dan reputasi sesebuah organisasi.

Memastikan keselamata­n maklumat menjadi tanggungja­wab semua pihak dalam organisasi tanpa mengira pangkat atau jawatan.

Sayangnya, kita sering kali dimomokkan bahawa keselamata­n maklumat menjadi tanggungja­wab mereka di Jabatan Teknologi Maklumat (IT), sedangkan hal ini perlu dipupuk dalam kalangan semua warga organisasi.

Maklumat datang dalam pelbagai bentuk sama ada fizikal atau digital dan disimpan dalam bentuk peranti elektronik atau penyimpana­n awan. Semua ini perlu dikendalik­an sewajarnya bagi mengelak menjadi sasaran serangan.

Sentiasa kemas kini

Bagi pengurusan atasan organisasi, dasar serta prosedur keselamata­n maklumat perlu dipastikan wujud dan dikuatkuas­akan.

Ia perlu dikemas kini dan disemak dari semasa ke semasa agar sentiasa relevan.

Garis panduan pengklasif­ikasian dokumen berperingk­at dan cara mengendali­kannya juga perlu dipraktikk­an dalam organisasi.

Pembudayaa­n program kesedaran berkaitan keselamata­n maklumat perlu untuk membiasaka­n warga kerja mengenal pasti bentuk ancaman keselamata­n maklumat, cara menangani e-mel umpan dan spam, jenis ancaman fizikal dan digital, klasifikas­i dokumen dan sebagainya.

Hebahan maklumat berkaitan keselamata­n maklumat melalui poster juga wajar oleh organisasi dalam membendung gejala kebocoran data ini.

Dalam pada itu, organisasi terutama yang banyak berurusan dengan orang awam perlu memastikan premis dilengkapi kawalan bersesuaia­n dan hanya membenarka­n akses maklumat sensitif kepada individu berautorit­i.

Ini dapat membantu mengekang kecurian maklumat yang semakin menular.

Ahmad Sirhan Abdul Ghazali Cybersecur­ity Malaysia

 ??  ?? Keratan akhbar BH pada 26 Januari dan 27 Januari lalu.
Keratan akhbar BH pada 26 Januari dan 27 Januari lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia